suria

Pertama di dunia, pengalaman shopping berbeza antara sebab kenapa anda perlu ke Decathlon di Shoppes @ Four Seasons KL

Butik utama Decathlon di Shoppes @ Four Seasons Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada 14 Mei 2022.

DECATHLON sudah tidak asing lagi bagi penggemar barangan sukan dan terbaharu jenama itu menawarkan pengalaman beli-belah luar biasa dalam sejarah penubuhannya.

Terletak di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur, Decathlon di Shoppes @ Four Seasons menjadi butik pertama di dunia yang memberikan pengalaman selain beli belah kepada pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak teroka kehidupan marin? Boleh cuba permainan papan Reef Stakes, turut datang dalam versi bahasa Melayu!

Decathlon di Shoppes @ Four Seasons yang juga butik utama di Malaysia akan menjadi pusat pengalaman sukan unik yang menggabungkan elemen gaya hidup seperti perkhidmatan fisioterapi, studio kecergasan dengan kelas senaman, restoran makanan sihat dah yoga hotpod pertama di Asia Tenggara.

file7kxmmb5wpmv1cozo09q9

Decathlon menawarkan lebih 12,000 produk sukan dan gaya hidup.

Di butik itu, pelanggan ditawarkan dengan lebih 12,000 produk sukan berkualiti dan perkhidmatan eksklusif menjadikan ia pengalaman luar biasa ketika berkunjung ke sana.

Dengan keluasan 4,000 kaki persegi dan lebih 60 jenis barangan sukan ditawarkan, konsep terbaharu Decathlon ini ingin memberi keseronokan dan imbuhan kepada peminat barangan sukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Decathlon Malaysia, Arnaud Sauret berkata, Decathlon di pusat bandar Kuala Lumpur ini merupakan ujian pertama di dunia dalam sejarah jenama itu dalam memperkenalkan lebih banyak produk dan servis kepada pelanggan.

Tidak hanya itu, Arnaud memberitahu pihaknya turut menyesuaikan model perniagaan Decathlon bersesuaian dengan penduduk dan negara ini menerusi pelancaran produk buatan Malaysia.

file7kxmmg830tcmydag9q9

Arnaud mahu memberi pelanggan pengalaman istimewa apabila berkunjung ke Decathlon.

"Kami menjalankan perniagaan dengan rakyat Malaysia, merekabentuk dan mengkonseptualisasikan produk dengan pusat R&D 300 pereka dan 850 jurutera bersama rakan kongsi tempatan.

"Decathlon cuba menyesuaikan diri dengan pasaran sukan tempatan dan berdirinya jenama ini di negara ini untuk menjadikan sukan boleh diakses dengan lebih mudah," katanya.

Ada di antara kita mungkin pernah berkunjung cawangan Decathlon di beberapa lokasi di seluruh Lembah Klang, tetapi ada beberapa sebab mengapa perlu melawat Decathlon di Shoppes @ Four Seasons, Kuala Lumpur.

file7kxmmb1ay6p15u5au9q8

1. Kelab Decathlon MY

Tidak hanya membeli barangan sukan, di Decathlon Shoppes @ Four Seasons turut berfungsi sebagai komuniti sukan melalui Kelab Decathlon MY dengan menggunakan tiga Decastudios yang menawarkan pelbagai kelas senaman dan kecergasan buat pelanggan yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat.

Decathlon bekerjasama dengan Manic Studio by Evomania dan Hot Yo Studio untuk memberikan ahli pengalaman senaman bertaraf dunia. Tidak hanya itu, butik itu turut bekerjasama dengan Protech, Evomania Nutrition dan Garmin untuk memberikan pelanggan yang terbaik daripada jenama sukan yang lain.

file7kxmmf8fjh4mb4kj9q9

2. Fisioterapi

Jika ada yang mengalami sakit-sakit badan, jangan bimbang! Di Decathlon Shoppes @ Four Seasons turut menyediakan pusat fisioterapi bagi meregangkan otot-otot dan menghilangkan rasa sakit selepas penat membeli-belah.

Terdapat dua buah bilik perubatan yang disediakan oleh Physiowerkz yang lengkap untuk merawat pesakit yang mengalami sakit otot, sendi dan sebagainya.

Servis yang ditawarkan oleh Physiowerkz menggunakan Sistem Analisis dan Rawatan Pergerakan Physiowerkz (PMAT) yang inovatif dan direka khas untuk mendiagnos masalah dan membantu pesakit memahami jenis rawatan yang diperlukan.

Tidak hanya itu, pelanggan yang tiada masalah juga boleh membuat pemeriksaan penuh untuk memastikan tubuh mencapai potensi maksimum ketika bersukan.

file7kxmmjz3fc518yc4w9q8

3. Makanan sihat

Makanan memang tidak dapat dipisahkan dengan masyarakat Malaysia. Jangan bimbang, di Decathlon Shoppes 2 Four Seasons turut menyediakan sebuah restoran makanan sihat iaitu Agrain.

Hanya menyediakan makanan yang dipanggang dalam ketuhar, selain pilihan diet sama ada vegan, vegeterian dan paling penting ia halal. Agrain menjadikan pemakanan sihat mudah di akses.

Selain kedai fizikal, Decathlon juga mempunyai aplikasi mudah alih mereka sendiri yang menjadikan ia mudah diakses. Usaha itu adalah sebahagian daripada usaha transformasi digitalnya dalam mencapai lebih banyak pelanggan di seluruh Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain