suria

Pengiktirafan lebih besar untuk hero tak didendang... Ayuh calonkan wira anda untuk Star Golden Hearts Award 2022

Star Golden Hearts Award (SGHA) turut disokong oleh Yayasan Gamuda.

RAKYAT Malaysia boleh menunjukkan tanda penghargaan untuk mengangkat hero tak didendang dengan mencalonkan mereka menerusi Star Golden Hearts Award (SGHA).

Kembali untuk tahun kelapan, program anugerah anjuran The Star dan Yayasan Gamuda ini diadakan bertujuan untuk memberi penghormatan kepada hero tak didendang yang memberi impak positif kepada masyarakat, seterusnya menggalakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Terus berkhidmat untuk masyarakat ketika pandemik melanda negara, 10 pemenang SGHA akhirnya diumumkan

Ketua Pegawai Kandungan Kumpulan Star Media, Esther Ng, berkata, SGHA tahun ini turut memperkenalkan kategori yang diperbaharui selain hadiah lebih menarik untuk para pemenang.

"Tahun ini kami memperkenalkan beberapa perubahan untuk menyelarasakan lagi mekanisme anugerah ini dan paling penting, memberi pengiktirafan dan sokongan lebih besar kepada pemenang," katanya.

Orang ramai boleh mencalonkan hero tak didendang mereka sama ada untuk kategori individu atau organisasi di laman web www.sgha.com.my.

Bagi calon daripada organisasi akan dipecahkan lagi kepada lima kategori berbeza untuk memberi penghormatan lebih baik dalam usaha melakukan perubahan yang memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan.

SGHA 2022_Infographic BM

Calonkan hero tak didendang kegemaran anda sehingga 31 Julai 2022.

Kategori itu adalah pemerkasaan komuniti, pendidikan, alam sekitar dan hidupan liar, kebajikan sosial serta bantuan bencana dan krisi yang menjadi dasar anugerah itu kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tahun ini, anugerah itu akan disampaikan kepada tiga pemenang individu dan tujuh pemenang organisasi.

Pemenang individu dan organisasi masing-masing akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM8,000 dan RM10,000.

Sepuluh pemenang teratas juga layak untuk menerima Gamuda Inspiration Award (GIA) dengan geran tambahan RM50,000 di samping publisiti media secara eksklusif di pelbagai platform Kumpulan Star Media dalam mengiktiraf usaha mereka.

"Pakej anugerah yang dinaik taraf itu menunjukkan komitmen The Star dan Yayasan Gamuda dalam menyokong pemenang dan bukannya sekadar memberikan anugerah.

Esther

Ketua Pegawai Kandungan Kumpulan Star Media, Esther Ng berkata SGHA tahun ini turut memperkenalkan kategori yang diperbaharui selain hadiah lebih menarik untuk para pemenang.

"Sebagai sebuah organisasi media, kami ingin mengetengahkan kisah murni mereka dalam membantu merkea melangkah lebih jauh dan menyebarkan semangat muhibah dalam kalangan rakyat di negara ini dan mewujudkan Malaysia yang lebih baik," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Yayasan Gamuda, Ts Lim Hui Yan pula berkata, usaha yayasan itu berpandukan kepada satu misi iaitu memberi impak positif dalam kehidupan rakyat.

"Sebagai sebuah syarikat infrastruktur dan kejuruteraan serantau, kami berada dalam landasan yang tepat untuk mencipta nilai perkongsian positif untuk komuniti.

"Perkongsian jangka panjang pihak Yayasan Gamuda dengan Kumpulan Star Media melalui Gamuda Inspiration Award di Star Golden Hearts Award telah memperkasakan ramai wira masyarakat yang luar biasa bagi meneruskan usaha untuk memberi banyak manfaat kepada lebih ramai orang," katanya.

Tambah Lim, kitaran berterusan komuniti yang memberi impak positif adalah sejajar dengan visi Yayasan Gamuda dalam mempromosikan kehidupan lebih mampan.

"Dengan krisis sosi-ekonomi yang semakin meningkat, kami melihat keperluan mendesak untuk mengembangkan rangkaian pencetus perubahan sosial dalam komuniti. Oleh itu, tahun 2022 kami meningkatkan jumlah geran kewangan untuk pemenang dan kategori pencalonan.

file7l54t463b60197wwi7k9

Ketua Yayasan Gamuda, Ts Lim Hui Yan.

"Perubahan positif yang inklusif adalah penyelesaian kepada masyarakat yang lebih adil di mana tiada siapa akan ketinggalan. Dengan calon tahun ini, kami yakin dapat melihat transformasi lebih besar ke arah komuniti yang berdaya tahun.

"Kami amat mengalu-alukan lebih ramai pencetus perubahan sosial dan kami bersedia untuk menyokong dalam setiap apa juga cara yang kami mampu lakukan," ujarnya.

Sementara itu, ketua juri untuk tahun kelapan yang juga pengerusi Alliance for Safe Community, Tan Sri Lee Lam Thye pula berbangga kerana anugerah itu telah berkembang menjadi inisiatif sosial yang dapat memberi impak kepada masyarakat.

"Walaupun terpaksa mengharungi cabaran sejak dua tahun lalu, pencetus perubahan ini telah meningkatkan sokongan golongan memerlukan tanpa mengira latar belakang.

"Dengan mekanisme anugerah dan hadiah yang diperbaharui pada tahun ini, barisan juri termasuk diri saya sendiri berharap dapat bertemu dengan lebih banyak hero yang tak didendang untuk menggalakkan mereka terus memperjuangkan usaha dilakukan dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk membuat perubahan dengan cara mereka sendiri.

(BRIEF CAPTION) Malaysian  rime Prevention Foundation senior vice chairman Tan Sri Lee Lam Thye talking during the 'forum; student form a quality community' at Politeknik Seberang Perai in Bukit Mertajam. Pic by: ZHAFARAN NASIB/The Star/ 28 February 2020

Ketua juri SGHA, Tan Sri Lee Lam Thye.

"Saya menyeru rakyat Malaysia untuk mengenang kembali mereka yang berjaya menyentuh hati ramai orang melalui kerja-kerja murni mereka dan seterusnya mencalonkan mereka dalam Star Golden Hearts Award supaya mereka boleh diberi pengiktirafan sewajarnya," katanya.

Lee, Ng dan Lim adalah antara lapan juri bagi anugerah tahun ini.

Panel penjurian juga terdiri daripada pemimpin sektor sosial seperti Ketua Pegawai Kelestarian Kumpulan, Gamuda Berhad, Ong Jee Lian, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan OrphanCare dan bekas Ketua Eksekutif Yayasan Kebajian Negara, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, Profesor Perubatan Universiti Malaya dan presiden Persatuan AIDS Sedunia, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.

Turut serta dalam panel itu adalah aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi, Penolong Pengurus Pembangunan Ekosistem Inovasi Impak, Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), Noor Hanis Harun serta perunding perlindungan kanak-kanak dan bekas penolong pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Vijayakumari Pillai.

Orang ramai boleh mencalonkan individu dan organisasi yang memenuhi kriteria pemilihan seperti yang digariskan di www.sgha.com.my mulai sekarang hingga 31 Julai ini.

SGHA disokong oleh Star Foundation, cabang amal Kumpulan Star Media yang bertujuan untuk menyampaikan inisiatif bermakna dengan hasil berkekalan kepada kumpulan penerima yang pelbagai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain