suria

Tak masuk akal! Lelaki suka pakai baju perempuan mengandung antara 10 fetish pelik dalam dunia

Terdapat pelbagai jenis fetish manusia di dunia ini.

SEBELUM ini media sosial kecoh dengan pendedahan seorang penceramah bebas di Facebook miliknya tentang seorang lelaki yang menggunakan nama profil Pemburu Baju Kurung dan gemar membeli pakaian wanita terpakai.

Dalam mesej perbualannya, lelaki itu mengakui mempunyai fetish terhadap pakaian wanita terpakai terutamanya material kain jenis satin.

Lelaki itu memberitahu dia suka mencium bau baju wanita apatah lagi jika ada sisa-sisa bau minyak wangi yang pernah dipakai pemilik baju sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali 10 fobia pelik dalam dunia... Ada yang takut dengan ‘peanut butter’, tak boleh tengok pusat manusia pun ada!

Untuk rekod fetish adalah kondisi ketika seseorang memiliki daya tarik terhadap benda, bahagian tubuh tertentu, atau objek lainnya yang tidak lazim dipandang sebagai sesuatu yang bersifat seksual.

Fetish atau fetisisme seksual juga boleh terjadi terhadap tindakan atau barang-barang tertentu yang membuat seseorang bergairah.

Terbaharu kecoh pula di Facebook apabila netizen membongkar profil seorang lelaki yang menggelar dirinya sebagai 'seorang lelaki yang mempunyai hobi berpenampilan sebagai wanita hamil'.

Menerusi Facebook itu juga, lelaki yang menggunakan nama Nadia Dwi itu turut berkongsi pelbagai gambarnya yang bertudung, memakai pakaian wanita dan perutnya mengembung seperti wanita hamil.

Fetish

Ada lelaki yang suka kepada pakaian wanita terpakai malah berlagak hamil.

Dalam salah satu kapsyen gambarnya, Nadia memberitahu ketika dirinya sedang dalam masalah, menjadi seorang wanita hamil adalah penawarnya.

Ia kedengaran jijik tetapi itu juga menggambarkan lelaki berkenaan mempunyai fetish atau kecenderungan dengan rangsangan seksual terhadap pakaian wanita.

Perbuatan itu adalah perkara tidak normal dan termasuk dalam kategori parafalia iaitu kehendak seksual melampau dan boleh disifatkan sebagai sexual disorder.

Sebenarnya lelaki stragiht yang gemar berpakaian wanita atau suka menghidu baju bukanlah satu-satunya festish pelik yang ada di dunia ini.

Terdapat pelbagai jenis fetish yang mungkin ada di antaranya akan membuatkan anda rasa ia langsung tidak masuk akal.

Berikut adalah 10 jenis fetish yang wujud dan kebanyakannya dilakukan oleh kaum lelaki!

Calm young Caucasian male isolated on grey studio background enjoy pleasant smell or fragrance, relaxed European man in shirt breath deep, feel mindful inhaling fresh air. Stress free concept

1. Penyegar udara

Seorang pengguna Internet pernah mendedahkan dia terangsang apabila memasuki sebuah bilik selepas tercium bau penyegar udara di dalam bilik berkenaan.

Lelaki itu mendedahkan dia terangsang selepas bau itu mengingatkannya pengalaman pertama menonton filem lucah ketika remaja.

Ada pula memberitahu akan terangsang setiap kali menyelak majalah Playboy kerana bau kertasnya berbeza dan mengingatkan tentang semua aksi ghairah yang dipaparkan dalam majalah itu.

Deria bau sangat memainkan peranan dalam membangkitkan sesuatu perasaan atau kehendak.

2. Simorofilia

Simorofilia adalah sejenis fetish mengenai kegairahan setelah menyaksikan sesuatu bencana seperti kemalangan jalan raya atau ribut taufan.

Fetish pelik ini pertama kali diceritakan secara terperinci oleh John Money yang juga seorang pakar psikologi pada 1984.

4k video footage of an unrecognizable woman playing with her hair in the studio

3. Tricophilia

Antara perkara yang membuatkan seorang lelaki menoleh dua kali ke arah seorang wanita apabila mereka memiliki rambut yang bersinar dan didandan dengan cantik.

Tetapi ada segelintir yang terlalu obses dan boleh terangsang dengan rambut serta bulu-bulu di tubuh badan seseorang!

4. Quicksand

Bagi sesetengah orang, ada yang membayangkan seorang wanita lemas di dalam pasir jerlus dan membayangkan diri mereka sebagai pahlawan dan menyelamatkan mangsa.

Ketakutan dan rayuan wanita itu yang tenggelam di dalam pasir membuatkan mereka terangsang. Pelik!

Fart

5. Eproctophilia

Antara fetish pelik yang seterusnya adalah terdapat manusia di dalam dunia ini yang cukup suka dengan perkara jijik seperti mencium bau kentut orang lain.

Pada mereka, bau kentut adalah sesuatu yang menyenangkan dan membuatkan mereka terangsang. Dalam sebuah forum yang menceritakan fetish pelik, seorang lelaki mengakui sering terbayang seorang wanita mengorek duburnya sehingga terkentut dan mencium baunya.

6. Acrotomophilia

Jangan tak tahu! Ada fetish di mana seseorang cukup terangsang melihat individu yang cacat anggota badan seperti kudung tangan dan kaki.

Tidak hanya itu, ada pula membayangkan diri mereka cacat anggota badan agar mempunyai persamaan dengan pasangan mereka. Dari segi sudut positifnya, golongan ini cuba menunjukkan rasa cinta terhadap pasangan yang kurang sempurna.

Tetapi yang menjadikan ia tidak normal adalah apabila ada yang begitu berani menjalani pembedahan untuk memotong anggota badan mereka.

Acrotomophilia juga sering dikaitkan dengan gangguan identiti yang disebut sebagai Body integrity identity disorder (BIID) yang percaya mereka akan jadi manusia lebih baik tanpa anggota badan.

Robbery

7. Kleptolagnia

Kleptolagnia adalah keadaan di mana seseorang terangsang apabila membayangkan diri mereka menjadi mangsa rompak.

Bagi yang mempunyai fetish ini, mereka biasanya akan memegang atau menyimpan barang kecil yang biasanya mainan seks di dalam poket seluar.

Mereka akan membayangkan pencuri akan menyeluk poket seluar untuk mencuri barang itu. Dalam sesetengah kes, individu yang tidak dapat merialisasikan fetish itu akan melakukan onani dengan objek yang disimpan dalam poket seluarnya.

8. Cremastistofilia

Pakar psikologi dan seksual, Mark Griffiths menjelaskan Cremastistofilia adalah sejenis fetish di mana seseorang suka ditahan, dirompak dan menjadi mangsa rompakan.

Mark menjelaskan dia pernah menerima kes di mana seorang lelaki terangsang apabila ditipu oleh kekasih orang. Ada pula yang berasa puas apabila terlepas daripada paksaan membayar selepas melanggan pekerja seks!

Clipboard01

9. Forniphilia

Forniphilia adalah sejenis fetish di mana seseorang akan menjadikan pasangan mereka sebagai objek perabot. Ada yang menjadikan pasangan mereka sebagai pemegang lilin atau meja selama berjam-jam.

kepuasan seksul mereka bukan melalui hubungan intim tetapi cukup sekadar melihat pasangan mereka sebagai objek. Gila!

10. Dacryphilia

Kebiasaannya apabila kita melihat seseorang sedang bersedih dan menangis akan terbit rasa kasihan dan simpati terhadap mereka. Namun tidak bagi yang mempunyai fetish dacryphilia.

Golongan ini akan terangsang melihat seseorang menangis teresak-esak dan membuatkan keinginan melakukan hubungan seks tinggi. Kedengaran pelik, tetapi ia berlaku!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain