suria

Berjam-jam ‘lepak’ dalam jamban, apa anda buat dengan telefon bimbit ketika di tandas?

Ramai menggunakan telefon pintar ketika berada di dalam tandas.

SEMENTARA 'melepaskan hajat' di dalam tandas, apakah yang anda lakukan?

Mungkin dulu ramai membaca suratkhabar atau majalah, tetapi dengan teknologi cangih dan semuanya di hujung jari kini telefon pintar menjadi peneman terbaik di tandas.

Syarikat keselamatan siber NordVPN melakukan tinjauan terhadap 9,800 orang dewasa di 10 negara, sama ada mereka menggunakan telefon pintar mereka di bilik mandi.

Antara negara-negara yang melakukan tinjauan tersebut adalah Sepanyol, Poland, Amerika Syarikat, Kanada, Belanda, Perancis dan Lithuania.

Daripada tinjauan berkenaan, sebanyak 65 peratus menggunakan telefon pintar mereka di dalam bilik mandi atau tandas.

telefon dalam tandas 4

Dari membaca surat khabar di dalam tandas, orang ramai beralih menggunakan telefon pintar di dalam tandas.

Penggunaan telefon pintar paling popular semasa berada di tandas adalah memeriksa media sosial iaitu sebanyak 53 peratus.

Orang ramai juga mengikuti berita (38 peratus) dan bermain permainan mudah alih atau permainan video (31 peratus).

ARTIKEL BERKAITAN: Bahaya main telefon dalam tandas... bukan sahaja buasir, boleh sebarkan bakteria E.coli!

Sebanyak 26 peratus meluangkan masa di dalam tandas dengan menonton video, filem atau TV, manakala 29 peratus menelefon atau menghantar mesej kepada rakan-rakan.

Percaya atau tidak, daripada tinjauan itu juga mendapati 29 peratus melakukan tugasan kerja masing-masing di dalam tandas.

Antara aktiviti lain yang dilakukan oleh orang ramai ketika berada di dalam tandas adalah beli-belah secara dalam talian, mendengar muzik dan membuat perancangan pada hari berkenaan.

Penggunaan telefon pintar di tandas merupakan paling biasa bagi generasi milenium (berusia 26 hingga 41 tahun) dengan Gen Z (18 hingga 25 tahun) menduduki tangga kedua.

telefon dalam tandas 2 pressfoto freepik

Sebanyak 29 peratus daripada tinjauan menelefon atau menghantar mesej di dalam tandas. foto Freepik / pressfoto

Bagaimanapun, profesor sains tingkah laku di Universiti St Gallen di Switzerland, Clemens Stachl, keadaan itu bukanlah fenomena baharu.

"Orang ramai juga telah menggunakan media di tandas sebelum penggunaan telefon pintar," katanya.

Namun beliau menjelaskan bahawa terdapat dimensi baharu berhubung perkara itu.

"Saya sering bercakap tentang fungsi kanta telefon pintar dalam konteks ini. Ia menumpukan dan menggabungkan pada satu peranti dengan banyak aktiviti yang biasa dilakukan di tempat tertentu.

"Atau dalam konteks lain. Temu janji, perbankan, membeli-belah, permainan, navigasi, merancang perjalanan dan mempelajari bahasa dan sebagainya," kata Stachl.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain