suria

Berita baik... Ibu bapa ada anak OKU boleh mohon road tax free! Jom semak cara-caranya

Individu OKU ataupun waris layak memohon roadtax percuma.

MASIH ramai yang tidak tahu rupa-rupanya caj cukai jalan (road tax) adalah percuma bagi ibu bapa yang mempunyai anak berstatus orang kelainan upaya (OKU).

Bukan untuk OKU sahaja yang layak memohon, ibu atau bapa atau penjaga pun layak memohon, dengan syarat waris yang didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mestilah nama pemilik kenderaan.

Seorang pelayar Facebook, Akhi Akmal berkongsi panduan untuk individu atau waris OKU memohon road tax percuma ini.

akhi

Akhi Akmal berkongsi cara memohon roadtax percuma bagi individu atau waris OKU.

Dalam perkongsian tersebut dinyatakan bagi waris yang mahu memohon road tax percuma, ia hanya boleh dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan atau JPJ Negeri sahaja, tidak boleh di lokasi lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Teringin miliki vakum Dyson? Ini cara paling bijak miliki barang harga kayangan

Berikut adalah dokumen yang perlu dibawa, termasuk dokumen asal dan salinan:

1. Kad OKU

2. Kad pengenalan OKU

3. Kad pengenalan waris

4. Lesen waris

5. Geran kenderaan

6. Isi borang permohonan di kaunter JPJ

kad

Kad OKU adalah salah satu dokumen yang wajib dibawa ketika mahu memohon roadtax percuma. Gambar hiasan

Syarat permohonan:

1. Mempunyai lesen memandu

2. Kenderaan pemasangan tempatan dan kenderaan nasional sahaja

3. Hanya satu kenderaan kereta dan satu motosikal sahaja untuk satu permohonan.

Permohonan hanya sekali sahaja boleh digunakan. Sebagai contoh, sekiranya individu OKU sendiri memohon untuk dirinya, maka waris dikira tidak berkelayakan.

Untuk makluman, caj percuma hanya untuk road tax sahaja. Insuran tetap perlu dibayar ya... Semoga bermanfaat!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain