suria

Gara-gara murid pakai stoking busuk, cikgu buka spa dalam sekolah... Siap ada servis medi dan pedi!

Spa di SK Jejawi yang pada asalnya merupakan bilik stor.

BUKAN di lot kedai atau premis, tetapi di dalam sekolah rendah! Unik dan 'rare' bukan?

Demikianlah inisiatif Sekolah Kebangsaan (SK) Jejawi, Kangar, Perlis yang menubuhkan spa dan terapi untuk warganya, sejak dua tahun lalu.

Berkongsi cerita dengan mStar, Penolong Kanan Pentadbiran SK Jejawi, Isma Noorafeedza Ishak berkata, idea untuk mewujudkan spa tersebut adalah daripada kaunselor sekolah.

spa 4

Perkhidmatan gunting rambut adalah antara servis yang disediakan.

"Apabila beliau bertukar sekolah, team kami meneruskan idea. Spa ini diuruskan sepenuhnya oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Puteri Islam bersama penglibatan lima guru yang bertugas sebagai penyelia dan pemantau.

"Idea beliau tercetus daripada kisah yang benar berlaku. Ada murid yang pakai stoking busuk. Apabila kena masuk ke bilik tertentu yang kena tanggalkan kasut, kakinya berbau.

"Itulah permulaan kepada kisah wujudnya spa SK Jejawi. Ia antara usaha menjaga aspek kebersihan serta penampilan dalam kalangan murid," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakat luar biasa! Di sebalik sikap pemalu, suka main patung Barbie... kanak-kanak 7 tahun ini aktif sukan motocross

Menurut guru ini, spa tersebut menawarkan beberapa perkhidmatan kepada warga sekolah berkenaan seperti gunting dan cuci rambut, rendaman kaki dan memotong kuku serta perkhidmatan sauna untuk para guru.

spa 1

Ruang sauna.

Spa yang mula ditubuhkan sejak tahun 2020 itu menawarkan bayaran serendah RM1 hingga RM3, di mana guru-guru mengambil inisiatif sendiri membeli barang keperluan dan melakukan pengubahsuaian di bilik stor berkenaan.

"Ia beroperasi pada waktu rehat dan selepas waktu sesi persekolah. Ia hanya memuatkan lima orang dalam satu masa.

"Potongan rambut pelajar hanyalah potongan standard, harga pun RM3 untuk potong rambut.

"Servis adalah berdasarkan permintaan dan kebenaran ibu bapa. Contohnya ada murid lelaki yang rambutnya dah panjang, guru akan minta dia datang potong esok tapi dia kena beritahu ibu bapa dulu.

spa 3

Lawatan oleh pegawai dari KPM, Illy Nadia Barudin (kiri) dan Shamsudin Mustafa (tengah).

"Pokok pangkalnya adalah kena dapat kebenaran ibu bapa dahulu," katanya.

Tambah Isma Noorafeedza, inisiatif tersebut bukanlah untuk meraih pengiktirafan sebaliknya dilakukan dengan ikhlas.

"Spa ini sudah dilawati oleh pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), jabatan pendidikan negeri dan guru-guru dari sekolah lain.

"Kami amat berbesar hati menerima kunjungan pelbagai pihak dan sudi berkongsi apa yang kami ada dengan sekolah lain,"ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain