suria

Dah tahu ke cara betul hidupkan enjin kereta? Ikuti 3 langkah guna ‘push start button’ elak kesan buruk jangka panjang

Langkah penggunaan 'push start button' yang betul membolehkan sistem kenderaan menghantar signal tanpa dalam keadaan terkejut. Gambar hiasan

SEIRING dengan kecanggihan teknologi, kebanyakan model kereta ketika ini sama ada kereta tempatan mahupun import sudah dilengkapi dengan push start button.

Ini bermakna tiada lagi lubang mencucuk batang kunci untuk menghidupkan enjin kenderaan, sebaliknya pemilik hanya perlu membawa kunci bersama-sama mereka.

Teknologi terbaharu ini sememangnya amat memudahkan pemandu selain memperlihatkan ciri-ciri kecanggihan dan kemewahan kenderaan.

Namun, pemilik kenderaan jangan hanya tahu menggunakannya sesuka hati sebaliknya perlu mengetahui kaedah penjagaan yang betul untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja enjin, wiper kereta juga perlu dijaga sepanjang PKP, ikuti 5 tip berguna ini

Boleh dikatakan, kebanyakan pemilik akan memijak pedal brek dan menekan push start button untuk menghidupkan enjin sebaik memasuki kenderaan.

Tahukah anda, sebenarnya cara sedemikian boleh memberi kesan buruk untuk jangka masa panjang!

kereta

Pengetahuan mengenai cara mengendalikan kenderaan dengan betul dapat mengelakkan kesan buruk untuk jangka masa panjang. Gambar hiasan

Memetik perkongsian seorang penasihat jualan kereta di Facebook, terdapat tiga langkah untuk menghidupkan enjin bagi kenderaan yang dilengkapi push start button.

Langkah pertama

Hanya tekan sekali butang start/stop tanpa memijak pedal brek. Ia bagi membolehkan panel elektronik yang menyala dahulu.

Langkah kedua

Tekan butang start/stop kali kedua untuk menghidupkan panel instrumen meter kereta. Kotak meter akan menyala dan bersedia untuk dihidupkan secara keseluruhan.

Langkah ketiga

Biarkan sekitar lima hingga tujuh saat, kemudian barulah tekan pedal brek dan tekan butang start/stop sekali lagi untuk menghidupkan enjin pula.

Turutan ketiga-tiga langkah ini bertujuan membuatkan kotak komputer yang mengawal semua sistem dalam kereta akan sempat menghantar semua signal ke bahagian komponen dan sensor yang penting pada seluruh kereta tanpa dalam keadaan terkejut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain