suria

Kemudahan di hujung jari anda... Majoriti dan Setel jalin kerjasama dalam memacu mobiliti

(Dari kiri) Ketua produk Majoriti Chung Eng Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alex Yeow, Ketua Pegawai Eksekutif Setel Ventures Mazlin Erawati dan Ketua Pegawai Eksekutif Setel Express Faizal Sulaiman bergambar selepas majlis menandatangani MoU antara Majoriti dan Setel di Menara Star.

MAJORITI dan Setel memulakan kerjasama baharu untuk menawarkan berita-berita terkini dan tawaran eksklusif kepada penggunanya.

Pengguna Setel tidak lama lagi boleh melanggan portal berita Bahasa Melayu, Majoriti, pada kadar eksklusif RM10 setahun, bersama baucar percutian bernilai RM200 untuk 3,000 pelanggan pertama.

Mata ganjaran Mesra juga boleh diperoleh untuk setiap transaksi langganan Majoriti yang dijalankan melalui Setel Pay.

"Bagi kami di Majoriti, kami percaya dalam mewujudkan komuniti yang terlibat melalui penyediaan berita yang boleh dipercayai dan tidak berat sebelah. Peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling, kami memahami keperluan dan kehendak pembaca kami.

mj2

Kerjasama antara Majoriti dan Setel bakal membawa pengalaman baharu buat para pengguna.

"Majoriti juga teruja untuk bekerjasama dengan rakan kongsi yang berfikiran sama, Setel, yang meletakkan keperluan pelanggan sebagai keutamaan dengan menyediakan pengalaman yang lancar dan tanpa gangguan buat pelanggan," kata ketua produk Majoriti Chung Eng Lee.

Tambahnya, kedua-dua pengguna Majoriti dan Setel akan diberikan pengalaman yang lebih mendalam kerana mereka berpeluang untuk membaca berita semasa dalam perjalanan.

Setel merupakan platform aplikasi mudah alih pertama di Malaysia yang menawarkan pengalaman peruncitan yang lancar untuk pengguna di stesen PETRONAS seluruh negara bersama dengan peniaga dalam talian dan rakan kongsi runcit mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel Ventures Mazlin Erawati Ab Manan berkata: “Kami meneruskan usaha untuk bekerjasama dengan pelbagai platform dalam talian bagi berhubung dengan pangkalan digital yang lebih luas.

mj3

Pengguna Setel tidak lama lagi boleh melanggan portal berita Bahasa Melayu, Majoriti, pada kadar eksklusif RM10 setahun.

"Pengalaman digital yang lancar dan tanpa gangguan yang biasa digunakan oleh pengguna Setel kini disepadukan dengan rakan kongsi kami. Kami faham pengguna mengharapkan kemudahan untuk mengakses berita semasa dalam perjalanan merupakan keperluan yang semakin meningkat.

"Bekerjasama dengan Majoriti akan membolehkan pengguna kami mengakses berita terkini daripada satu platform bersepadu, dan pelanggan Majoriti kini boleh mengalami ciri Checkout Satu Klik Setel di PETRONAS Shop yang dilancarkan baru-baru ini untuk membeli barangan dan produk asal PETRONAS yang sangat diinginkan, tersedia dalam aplikasi Setel atau di https://www.setel.com/PETRONAS-Shop.

Dengan tagline Refleksi Tanpa Prejudis, manifesto Majoriti fokus dalam menyediakan berita dan pandangan yang tidak berat sebelah kepada orang ramai. Majoriti mula bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi untuk mengembangkan tawaran masing-masing.

Rakan kongsi dan peniaga pada masa ini termasuk Grab Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial, Aeon Co (M) Bhd, Malaysia Airlines Bhd, Secret Recipe Cakes and Cafe Sdn Bhd, Petronas Dagangan Bhd, Samsonite (M) Sdn Bhd, hotel di bawah IOI Properties Group Bhd dan banyak lagi dalam perancangan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Majoriti atau melanggan, layari majoriti.com.my.

Artikel Lain