KEWUJUDAN e-hailing sebagai salah satu medium pengangkutan sememangnya banyak memberi manfaat dalam kehidupan kita semua. Ada sesetengah penumpang menggunakan e-hailing seperti Maxim Malaysia sebagai alternatif bagi mengejar masa untuk ke destinasi mereka. Namun, kesibukan mengejar masa membuatkan penumpang yang jenis kelam-kabut dan cuai sering tercicir barang di dalam kereta e-hailing yang dinaiki mereka. Kali ini, Maxim Malaysia telah membuat analisis beberapa barang yang selalu tertinggal. Semak barangan peribadi anda sebelum meninggalkan kereta. Kebanyakan barang yang sering tertinggal merupakan barang peribadi seperti telefon bimbit, kad, kunci, dompet, topi, fail dan pelbagai lagi. Ini kerana penumpang tergesa-gesa mengejar masa dan tidak memeriksa barangan selepas mereka turun dari kereta. ARTIKEL BERKAITAN: Grab tawar bonus pendaftaran sehingga RM1,000 demi atasi kekurangan pemandu Namun jangan risau, penumpang boleh menghubungi pemandu itu sendiri melalui aplikasi Maxim, bagi memudahkan penyerahan barang yang tertinggal. Maxim Malaysia menitik beratkan isu ini dan mengambil inisiatif dengan memberi peluang kepada penumpang untuk menghubungi mereka di talian atau datang ke pejabat berhampiran. Maxim akan membantu dengan menghubungi semula pemandu dan cuba sebaik mungkin mendapatkan kembali barang yang tertinggal. Berikut merupakan beberapa tip untuk penumpang tidak tertinggal barang: 1) Pastikan anda memeriksa barangan dalam kereta selepas sampai ke destinasi sebelum membenarkan pemandu pergi. 2) Semak barang peribadi dan berharga anda sebelum menaiki kenderaan dan selepas turun. 3) Penumpang yang meninggalkan barang di dalam e-hailing harus peka mengenai barang yang tertinggal ini kerana ia dapat membantu pihak e-hailing untuk mengenal pasti dengan lebih baik. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI