suria

Orang lelaki lebih pengotor? Ketahui cara genius untuk si pemalas kemas rumah

Golongan lelaki sering dikaitkan dengan sikap pengotor. (Gambar Hiasan)

SIKAP pengotor dan pemalas sebenarnya tidak mengenal jantina.

Namun sejak sekian lama, golongan lelaki sering dikaitkan dengan dua sikap itu kerana kebanyakan kerja rumah biasanya dilakukan oleh ibu serta adik-beradik perempuan.

Dengan kesibukan kerja hari ini, pasti ramai dalam kalangan kita yang berdepan kekangan masa untuk mengemas bilik tidur mahupun seluruh kediaman.

Berikut merupakan lima teknik genius tapi mudah untuk mereka yang malas untuk mengemas rumah.

Guna stokin gebu dalam rumah

Lantai berdebu? Anda tak perlu risau. Biarpun kaedah ini tidak 100 peratus efektif, tidak salah sekiranya mahu mencuba.

s4

Material stokin gebu ini boleh membantu anda memerangkap habuk dengan cara mudah. (Foto: Wallmart)

Anda boleh memakai stokin atau selipar gebu di dalam rumah kerana material itu bersifat meresap habuk dan debu.

Dengan berjalan di sekitar rumah untuk aktiviti harian, anda secara tidak langsung dapat menyapu debu-debu kotor yang berada di lantai. Mudah bukan?

Rebus air dalam ketuhar

Dalam dunia moden hari ini, ramai anak muda memilih untuk membeli makanan segera yang boleh dipanaskan pada bila-bila masa menggunakan ketuhar.

s2

Ramai anak muda masa kini menggunakan ketuhar untuk memanaskan makanan segera. (Foto: S.S. KANESAN/The Star)

Namun, tak semua rajin untuk mencuci ketuhar kerana ia bukalah satu tugas yang mudah dan ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: Alamak! Tetamu ‘on the way’ tapi rumah bersepah, ikuti 7 cara mengemas saat akhir

Tahukah anda? Dengan merebus air bersama separuh penutup cuka di dalam ketihar, ia boleh mencuci peralatan eletrik itu dari bahagian dalam.

Selepas rebusan berkenaan, lap sahaja bahagian dalam ketuhar menggunakan kain biasa.

Beli tuala warna gelap

Ada orang suka tuala warna-warni, ada pula yang selesa dengan tuala putih sahaja.

Simple, natural and sustainable: As part of the Association of American Hardwoods Legacy Project, furniture was created with the ambition of outlasting generations. — dpa

Perabot yang minimalis dapat menjimatkan masa anda untuk mengemas rumah. (Foto: DPA)

Namun, tuala yang cerah sudah pasti cepat kotor. Apa kata beli tuala warna gelap seperti hitam dan biru untuk mengelakkan ia cepat bertukar kotor.

Tapi sebaik-baiknya, tukarlah tuala anda sekerap yang mungkin.

Less is more

Bagi anak muda yang sentiasa sibuk, sebaiknya hiaslah rumah secara minimal. Perabot yang banyak sudah pasti memerlukan pembersihan ekstra.

FILED - A robot vacuum cleaner can be a handy helper around the house but its usefulness depends on a number of factors. Photo: Florian Schuh/dpa

Jika mampu, apa salahnya beli robot pencuci yang boleh meringankan beban anda. (Foto:DPA)

Jadi lebih selamat sekiranya anda meletakkan perabot asas sahaja di dalam rumah untuk mengurangkan debu, kotoran serta menjimatkan masa untuk dibersihkan.

Dapatkan robot pencuci

Jika anda berkemampuan, terdapat banyak robot pencuci automatik yang dijual di pasaran pada hari ini.

Dengan tetapan mudah, anda boleh membiarkan peranti itu bergerak sendiri untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di dalam rumah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain