suria

Demam Korea makin menjadi-jadi, netizen Malaysia aktif borak di Twitter... Jadi negara ke-7 paling banyak tweet K-Content

Malaysia berada di kedudukan ke-7 dengan jumlah tweet tentang K-Content terbanyak di dunia pada tahun 2022. Foto: ANGELA WEISS/ AFP.

BTS, Blackpink, Super Junior dan 2NE1 merupakan antara kumpulan K-Pop dari Korea Selatan yang berjaya mencipta nama ke pasaran global.

Selain muzik, drama serta filem dari negara itu turut meraih populariti luar biasa sejak beberapa tahun lalu termasuklah di Malaysia.

Satu fakta yang menarik sejajar dengan perkembangan perbualan K-Pop, bilangan tweet tentang K-Content menerusi Twitter turut meningkat sebanyak 546% sepanjang 10 tahun lalu.

Foto: Netflix via AP.

Kumpulan Blackpink menjadi fenomena di seluruh dunia.

YeonJeong Kim, Ketua Global Perkongsian K-Pop & K-Content di Twitter berkata, semangat yang ditunjukkan peminat dari seluruh dunia menjadi punca kepada globalisasi K-Content pada hari ini.

"Komuniti K-Pop di Twitter sungguh bersemangat dan kami kini melihat budaya fandom (kelab peminat) yang kuat itu terus berkembang, termasuk dengan pelbagai K-Content.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Malaysia duduki tangga ke-10 obses dengan K-pop di TikTok

"Peminat dari seluruh dunia menerajui globalisasi K-Content dengan menyertai perbualan berkaitan di Twitter dalam masa nyata. Di mana sahaja anda berada, apa sahaja yang anda tonton, orang ramai boleh bercakap mengenainya di Twitter," ujarnya.

Meskipun tujuh daripada sepuluh negara teratas yang paling banyak menulis Tweet mengenai K-Content adalah negara Asia, negara-negara seperti Amerika Syarikat, Brazil, United Kingdom, Mexico, Kanada, Perancis, Vietnam, Sepanyol, Itali, Turki, Jerman dan Peru turut menyertai perbualan berkaitan K-Content di seluruh dunia.

Malaysia turut tersenarai

Paling mengejutkan, Malaysia berada di kedudukan ke-7 dengan jumlah tweet tentang K-Content terbanyak di dunia pada tahun 2022.

Di Malaysia, series Snowdrop merupakan K-Drama yang paling banyak di tweet pada tahun ini, diikuti dengan Twenty Five Twenty One serta Business Proposal di tempat kedua dan ketiga.

file7j29g93sufr1ff0hq7qo

Filem Train to Busan turut menjadi kegilaan ramai di Malaysia.

Di peringkat global, K-Movie yang paling banyak di tweet setakat tahun ini ialah Broker.

Filem itu menarik perhatian dengan aktor Song Kang-Ho menerima anugerah pelakon lelaki terbaik di Festival Filem Cannes.

K-Movie seperti HUNT dan The Witch: Part2. The Other One ialah K-Movie yang kedua dan ketiga paling banyak di tweet di dunia.

Persilangan aktiviti bintang K-Pop turut mendorong minat masyarakat dunia kepada K-Content.

Sebagai contoh, kemunculan bintang K-Pop Kim Se-Jeong dalam K-Drama Business Proposal, Lee Jun-Ho dalam K-Drama The Red Sleeve, Lee Ji-Eun (IU) dalam filem Broker, dan Ok Taec-Yeon dalam filem Hansan: Rising Dragon menyumbang kepada lonjakan tweet dalam kalangan peminat di seluruh dunia.

K-Drama bertajuk Our Beloved Summer merekodkan tweet paling banyak pada hari original soundtrack dari BTS, V bertajuk Christmas Tree dikeluarkan.

Manakala K-Drama berdasarkan webtoon seperti All of Us Are Dead dan Our Beloved Summer membawa kepada perbualan tentang kedua-dua drama dan kandungan webtoon asalnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain