suria

Kehangatan demam bola kian terasa... Lotus’s Lagi Save, Lagi Syok tawar ganjaran hebat bernilai lebih RM300,000!

Lotus’s merupakan destinasi beli-belah pilihan masyarakat.

DEMAM Piala Dunia 2022 bakal melanda tak lama lagi! Sama ada lelaki atau wanita, sesiapa sahaja pastinya akan tenggelam dalam kemeriahan temasya bola sepak terbesar dunia ini.

Bagi mereka yang sudah berkahwin pastinya akan menonton bersama keluarga, manakala golongan bujang pula lebih gemar berkumpul dan menghabiskan masa bersama rakan-rakan bagi menyokong pasukan kegemaran masing-masing.

Macam mana cara sekali pun anda menyaksikan dan mengikuti Piala Dunia, hidangan ringkas atau snek ‘mesti ada’ agar perut tidak berkeroncong ketika menonton perlawanan.

Oleh itu, sebaik-sebaiknya, anda menyediakan stok makanan lebih awal supaya dapat menyaksikan perlawanan dengan lebih lancar dan selesa.

Bagi mendapatkan snek dan minuman pilihan, pasar raya Lotus's merupakan destinasi terbaik untuk anda membeli-belah bersama keluarga dan rakan-rakan.

LSLS_FB

Malah, sempena kehangatan musim bola sepak ini, pelbagai tawaran hebat menanti anda yang berbelanja di Lotus’s termasuk peluang untuk memenangi hadiah menarik yang telah disediakan.

Semua ini menerusi kerjasama Lotus’s bersama dua jenama rakan kongsi pembayaran Boost dan MyDebit menerusi kempen ‘Lagi Save, Lagi Syok’.

Dengan kaedah pembayaran seperti Boost dan MyDebit, pengalaman pembelian anda mudah dan selesa, malah ia juga sejajar dengan seruan kerajaan yang mahu masyarakat beralih kepada pembayaran tanpa tunai.

Hadiah menarik menanti pengguna Boost yang berbelanja RM100 di Lotus's.

Hadiah menarik menanti pengguna Boost yang berbelanja RM100 di Lotus's.

Bagi pembayaran menggunakan Boost e-Wallet, tempoh kempen bermula 13 Oktober sehingga 14 Disember ini dan dengan perbelanjaan sebanyak RM80 dalam dua transaksi, pelanggan akan menerima RM5 Lotus's Wallet.

Pelanggan juga layak untuk menyertai peraduan dan berpeluang memenangi jersi bola sepak yang telah ditandatangani secara eksklusif bersama RM100 Lotus's Wallet.

Kaedah pembayaran MyDebit turut menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada para pelanggan Lotus's

Kaedah pembayaran MyDebit turut menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada para pelanggan Lotus's.

Pembayaran melalui MyDebit pula berlangsung dari 1 Oktober sehingga 31 Disember nanti, di mana pembelian melebihi RM100 membolehkan pelanggan memenangi salah satu daripada hadiah yang bernilai lebih RM300,000!

Percaya atau tidak, tiga pemenang hadiah utama berpeluang membawa pulang kereta Perodua Myvi 1.3L G. Wow, bukan biasa-biasa!

Jadi apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang membeli belah di Lotus's sambil menikmati pelbagai tawaran menarik... Lagi Save, Lagi Syok!

Bagi mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web Lotus’s.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain