suria

Geng TikTok bersaing siapa paling hebat buat ‘content’, rebut gelaran Raja Viral!

Peserta yang bakal berentap merebut gelaran Raja Viral.

BERITA baik untuk TikToker!

Seramai 12 orang pempengaruh TikTok berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM80,000 dalam siri Raja Viral iaitu sebuah kandungan digital interaktif terbitan syarikat peruncitan terkemuka, AEON CO. (M) BHD. (AEON).

Ia akan berlangsung setiap Jumaat di Facebook, TikTok AEON Retail Malaysia dan YouTube AEON Malaysia secara langsung bermula 2 Disember ini.

Raja Viral berkolaborasi dengan selebriti kredibel, Datuk Aznil Nawawi dan aplikasi media sosial TikTok.

WhatsApp Image 2022-11-26 at 9.20.52 AM

Low Ngai Yuen (kiri) dan Aznil (kanan) pada majlis pelancaran siri Raja Viral.

Menurut Aznil atau lebih mesra disapa Paknil, dia akan bertindak sebagai mentor selain menjadi juri utama Raja Viral.

“Paknil nak ajar mereka cara menjadi lebih dihargai penonton dan cara untuk memanfaatkan penggunaan TikTok secara maksimum," katanya ketika ditemui mStar baru-baru ini.

Dia ditemui pada sesi memperkenalkan peserta Raja Viral yang diadakan di AEON Mall Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Menjelaskan lanjut tentang program berkenaan, Azni berkata AEON juga akan menyediakan tiga sesi bengkel yang dikendalikan oleh TikTok Creative Lab untuk semua peserta agar mereka menjadi duta jenama yang lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati terjentik selepas tonton video mStar... Pak Nil terkejut bangun Subuh dah kumpul RM100,000 bantu Zamani

“Dalam tempoh lapan minggu, para peserta akan diberikan tugasan mengikut tema yang berbeza setiap minggu.

“Video dihasilkan akan dinilai oleh para juri dan juga daripada segi teknikal seperti jumlah tanda suka, perkongsian semula pengguna TikTok dan lain-lain.

“Selagi mereka mengikut garis panduan komuniti TikTok, video yang mereka cipta akan diterima oleh pihak juri,” katanya tentang kriteria video yang akan dinilai para juri.

Paknil nak ajar mereka cara menjadi lebih dihargai penonton dan cara untuk memanfaatkan TikTok secara maksimum.

AZNIL NAWAWI

Difahamkan kebanyakan pempengaruh yang terlibat mula berjinak-jinak dalam dunia TikTok sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan berjaya mencipta kandungan video kreatif sehingga tular.

Sementara itu Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, Low Ngai Yuen berkata menerusi Raja Viral, AEON menyasarkan pendekatan untuk merapati konsumer dalam kalangan generasi muda yang aktif untuk memperolehi sumber hiburan dan informasi secara atas talian.

“Selain itu, AEON ingin menghasilkan komuniti pencipta digital yang mampu menjadikan ‘viral’ yang lebih positif kepada orang ramai,” ujarnya.

Episod finale yang mengumumkan pemenang Raja Viral akan disiarkan secara langsung di TikTok di bulan Februari 2023.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Raja Viral, Paknil, Aznil Nawawi, AEON, TikTok

Artikel Lain