suria

Kongsi kemeriahan Piala Dunia bersama Vivo Malaysia! Beramal dengan kreatif sambil bantu orang susah

Kejohanan Piala Dunia semakin mendebarkan bagi peminat bola sepak di seluruh pelusuk negara.

ANDA peminat tegar temasya Piala Dunia 2022 yang kini berlangsung di Qatar?

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama Vivo Malaysia ‘beramal’ sambil menyerlahkan bakat terpendam dalam sukan bola sepak.

Sebagai satu-satunya Penaja Rasmi dalam industri telefon pintar untuk Piala Dunia FIFA Qatar 2022TM, Vivo Malaysia menganjurkan vivo Give It a Shot Challenge yang bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia berkongsi semangat bola sepak pada masa sama membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di negara ini.

Selaras dengan visi FIFA iaitu menjadikan bola sepak benar-benar global, pelbagai dan inklusif untuk manfaat seluruh dunia, Vivo Malaysia ingin membuat perubahan dan menghulurkan tangan untuk menyokong belia Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Siri X50 Vivo janjikan kepuasan fotografi, kini rakaman video lebih mantap!

Ia berikutan laporan Jabatan Perangkaan mendedahkan, kemiskinan mutlak dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat daripada 5.6 peratus pada 2019 kepada 8.4 peratus pada 2020, manakala isi rumah miskin meningkat daripada 405,400 kepada 639,800 dalam tempoh yang sama.

Ketika dunia memasuki musim Piala Dunia dengan penuh semangat, keterujaan dan semangat, Vivo Malaysia berharap setiap belia akan berpeluang memenuhi keperluan dan mengejar impian mereka melalui sukan kegemaran bola sepak.

Give-it-a-shot-Photo-1-1024x576

Berlangsung bermula 21 November hingga 18 Disember 2022, ‘Vivo Give It A Shot Challenge’ membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk mempamerkan kemahiran bola sepak dan berkongsi kegembiraan FIFA dengan dunia sambil memberi kembali kepada golongan yang memerlukan.

Cabaran itu melibatkan peserta untuk memuat naik video mereka menendang bola dengan cara kreatif, dan bagi setiap video yang dimuat naik, RM1 akan didermakan kepada rakan NGO yang dilantik.

Untuk menyertai, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti:

Langkah 1: Rakam video anda menendang bola.

Langkah 2: Muat naik video ke mana-mana media sosial (Facebook, Instagram, TikTok) dengan hashtag #vivogiveitashotchallenge dan #vivoMYxFIFA.

Pastikan akaun dibuka kepada umum.

Langkah 3: Tag 2 rakan anda dalam kapsyen untuk menyertai tujuan yang baik.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti Halaman Facebook rasmi vivo Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain