suria

Stres sikap pelayan kasar, asyik nak maki pelanggan... Ini 10 fakta menarik tentang Karen’s Diner, berani ke nak cuba?

Karen's Diner yang menjadi viral di TikTok sejak kebelakangan ini.

MAKANAN yang lazat, servis yang paling buruk!

Begitulah tagline dan konsep yang diketengahkan oleh restoran Karen's Diner.

Restoran ini mula mendapat perhatian ramai selepas tularnya satu video, memaparkan situasi yang berlaku di cawangannya di Jakarta, Indonesia.

Menerusi video tersebut, kelihatan pelayan restoran dan pelanggan berperang mulut dan memaki hamun sesama sendiri sehingga menimbulkan suasana yang bingit.

ARTIKEL BERKAITAN: Biadab di negara orang! ‘Karen’ versi lelaki pula muncul di Ampang, bukan saja maki tapi bagi isyarat lucah kepada sekuriti

Namun, itulah konsep restoran berkenaan yang menawarkan 'kelainan' berbanding restoran lain.

Mungkin ada yang masih tertanya-tanya mengenai Karen's Diner. Kali ini mStar menyenaraikan beberapa fakta mengenai restoran berkenaan:

1. Karen's Diner, sebuah restoran retro-Amerika mula bertapak di Sydney pada tahun lalu.

2. Mengetengahkan konsep restoran dengan pengalaman layanan paling kasar di dunia.

karen 3

Tangkap layar (screenshot) yang tular di Karen' Diner cawangan Jakarta, memaparkan pelayan dan pelanggan bertengkar.

3. Ia mempunyai 12 cawangan di Australia dan United Kingdom, di bandar-bandar seperti Melbourne, Perth dan Manchester.

4. Karen's Diner baru membuka cawangan di Indonesia pada 15 Disember lalu dengan kerjasama restoran Bengkel Burger.

5. Menu yang disenaraikan juga unik, iaitu burger dengan nama seperti Cheesed Off Karen dan The 'I Want To See The Manager' Karen.

6. Kenapa Karen? Ia sebenarnya mengambil nama Karen, iaitu istilah yang digunakan terhadap wanita yang selalu mencetuskan isu atau menimbulkan rasa tidak puas hati.

7. Restoran itu bagaimanapun menetapkan peraturan di mana kekasaran terhadap pelanggan tidak boleh menyentuh isu perkauman, seksisme dan menghina fizikal.

8. Pelanggan juga tidak boleh bertindak keterlaluan di mana restoran menetapkan peraturan 'jangan sentuh kakitangan kami'.

karen 2

Antara menu di Karen's Diner.

9. Jika pelanggan melanggar peraturan, mereka akan diminta membayar bil dan 'dihalau' serta dilarang kembali ke restoran tersebut.

10. Karen's Diner menyajikan berbagai menu dari Amerika seperti burger, kepak ayam, kentang goreng dan sebagainya.

Namun selepas tularnya video di Karen's Diner di Indonesia, rata-rata netizen tidak bersetuju konsep restoran sedemikian diaplikasikan di negara ini.

Sungguhpun ia sekadar konsep, namun netizen berpendapat ia sama sekali bercanggah dengan nilai dan budaya Timur rakyat di negara ini yang terkenal dengan budi bahasa, lemah lembut dan sopan santun yang tinggi.

Amacam? Ada yang berani jika restoran ini membuka cawangannya di Malaysia? - straitstimes.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain