suria

Wow! Golongan ‘kidults’ sumbang 60 peratus dalam industri mainan... ini 4 sebab kenapa orang dewasa suka jadikan koleksi

Golongan dewasa menyumbang 60 peratus pertumbuhan jualan industri permainan setiap tahun. Foto: Getty Images

TERDAPAT dua perkara yang membuatkan industri barang permainan bertahan sehingga kini, iaitu inflasi dan kumpulan pengguna yang dikenali sebagai 'kidults' (kid adults).

Kidults adalah sebutan untuk orang dewasa yang bertingkah laku seperti anak kecil.

Kumpulan ini menyumbang 60 peratus pertumbuhan jualan industri permainan setiap tahun, berdasarkan tinjauan NPD Group, sebuah syarikat penyelidikan pasaran.

Meskipun jualan industri telah merosot tiga peratus bagi sembilan bulan pertama 2022, namun hasilnya meningkat tiga peratus susulan ketersediaan kumpulan ini membeli permainan walaupun harga di bawah tekanan inflasi yang tinggi.

Lebih menarik, perbelanjaan tersebut adalah untuk diri mereka sendiri, bukan kanak-kanak.

Mengikut data NPD, kecenderungan pembelian permainan ini dicetuskan kepada sentimen nostalgia, di mana kidults mahu mengimbau zaman kanak-kanak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-siakan hobi, duit poket jualan hotwheels dorong remaja bantu ibu bapa... Wak Doyok pun tempah! - “Saya tak lokek nak kongsi ilmu”

Antara minat yang dipamerkan kumpulan ini adalah seperti pembelian permainan papan (board game), permainan adiwira (superhero) serta koleksi terhad.

Jangan terkejut jika ada rakan-rakan anda merupakan pengumpul tegar koleksi permainan.

Malah, ada yang sanggup mengasingkan duit gaji atau menabung semata-mata bagi mendapatkan sesuatu permainan untuk dijadikan koleksi peribadi.

kidults 2

Watak kegemaran dalam sesuatu siri animasi antara kegilaan pengumpul mainan.

Apa agaknya yang membuatkan kidults mempunyai hobi mengumpul barang permainan?

1) Nostalgia

Adakah anda masih ingat duduk di rumah pada pagi hari minggu dan menonton kartun kegemaran anda? Ramai orang dewasa cuba mencipta semula nostalgia itu dengan mengumpul mainan vintaj. Tiada cara yang lebih baik untuk berhubung semula dengan zaman kanak-kanak anda selain dengan mengumpul barangan menampilkan watak kegemaran mereka.

2) Pelaburan

Beberapa figura watak animasi sangat berharga, malah ada yang bernilai sehingga ribuan dolar! Pengumpul yang serius tahu bagaimana untuk mengekalkan angka tindakan mereka bagi mendapatkan pulangan besar apabila mereka bersedia untuk menjualnya.

3) Trend

Kadang-kadang orang dewasa ingin melibatkan diri dalam trend terkini. Ini adalah satu cara terbaik untuk membuktikan bahawa mereka merupakan peminat tegar sesuatu figura atau karakter.

4) Hobi

Setiap individu pasti mempunyai hobi masing-masing dan mengumpul permainan adalah salah satu daripadanya. Mereka akan berasa puas selepas berjaya memiliki permainan yang disasarkan. Lebih seronok apabila dapat berkongsi idea dan pelbagai info dengan komuniti yang sama. - NBCNews.com / rushdownradio

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain