suria

Doktor kongsi cara buat CPR mangsa lemas, tip elak terkena renjatan elektrik

Dr Arisman (gambar kecil) berkongsi langkah keselamatan ketika musim banjir, antaranya mengelakkan renjatan elektrik.

MUSIM tengkujuh sedang melanda negara dengan beberapa negeri khususnya di Pantai Timur ketika ini dilanda banjir.

Mungkin ramai yang mengambil mudah dan menganggap banjir sebagai pesta air, sedangkan hakikatnya mereka terdedah dengan risiko kehilangan nyawa.

Selain berisiko lemas dihanyutkan arus banjir, penduduk di kawasan terjejas juga terdedah kepada renjatan elektrik.

Insiden tiga beradik perempuan yang maut dipercayai terkena renjatan elektrik di rumah mereka di Kampung Morak, Tumpat, Kelantan, pada Isnin diharapkan dapat dijadikan iktibar kepada orang ramai agar mengambil langkah keselamatan untuk mengelakkan tragedi sama berulang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Tiga beradik maut terkena renjatan elektrik, mayat ditemukan terlentang dalam banjir

Menurut Pengarah Perubatan dan Pemilik Klinik Iris, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman, kematian mengejut akibat renjatan elektrik ini berlaku kerana, pada tahap arus tertentu iaitu menurut OSHA, arus elektrik mencecah 75 MA boleh menyebabkan pemfibrilan ventrikel (serangan jantung) yang boleh membawa maut.

renjatan 2

Kematian tiga beradik akibat terkena renjatan elaktrik beberapa hari lalu cukup menyentuh hati ramai.

Ia terjadi kerana pergerakan arus menerusi jantung.

Dr Arisman turut berkongsi langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan risiko terkena renjatan elektrik ketika musim banjir:

1) Hindari penggunaan peralatan elektrik

2) Pastikan suis utama ditutup bagi mengelakkan renjatan elektrik.

3) Hubungi 15454 atau Facebook TNB Careline untuk memutuskan bekalan elektrik rumah jika paras air semakin meningkat.

4) Jangan cuba mematikan kuasa melalui kotak pemutus ketika sedang berdiri di dalam air. Dapatkan bantuan profesional.

5) Ketika badan basah, rintangan elektrik pada permukaan kita menjadi rendah. Ini akan meningkatkan risiko untuk anda terkena renjatan. Maka elakkan menyentuh peralatan elektrik ketika badan basah.

6) Jangan sesekali menggunakan peralatan perkakasan elektrik ketika ia basah.

7) Jangan melangkah masuk ke dalam bilik yang dimasuki air jika terdapat pelbagai jenis barangan elektrik, wayar dan alur keluar elektrik.

8) Pakai sarung tangan getah atau kain sentiasa. Kenapa getah? Kerana getah adalah pengalir elektrik yang lemah. Ia akan menghalang arus daripada mengalir ke badan.

9) Pakai kasut but getah jika keluar atau berjalan di dalam banjir.

When it comes to saving lives, Jerry Zezima used to be a dummy. Now he is a lifesaver. (Roman Milert/Dreamstime/TNS)

Bantuan awal dengan melakukan CPR kepada mangsa lemas juga disaran untuk dilakukan sementara menunggu petugas paramedik. Gambar hiasan

Sementara itu, Dr Arisman turut berkongsi langkah-langkah ketika berdepan dengan kes lemas melibatkan kanak-kanak, di mana orang ramai juga boleh mengambil tindakan segera dengan melakukan 'Cardiopulmonary Resuscitation' atau CPR.

1) Bawa mangsa ke tempat yang selamat, jangan panik!

2) Baringkan mangsa dan jika boleh tanggalkan baju mangsa.

3) Periksa kesedaran mangsa, kejutkan mangsa dengan cara jeritan atau sentuhan kuat (pukulan tidak mencederakan, misalnya pada bahu mangsa).

4) Periksa nafas dan nadi mangsa. Lihat pada dada sama ada mengembang atau tidak. Atau dekatkan telinga pada hidung mangsa untuk memeriksa sama ada mangsa sedang bernafas normal atau tidak.

dr

Pengarah Perubatan dan Pemilik Klinik Iris, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman

6) Jika tidak pasti sama ada bernafas atau tidak, atau bernafas tetapi seperti tidak normal dan mangsa masih tidak sedarkan diri, lakukan CPR.

7) Jika kanak-kanak, tidak perlu tekan terlalu dalam lebih dua inci. Yang penting adalah kompresi tersebut secepat yang boleh iaitu lebih kurang 100-120 kali per minit.

8) Jika bibir bertukar menjadi biru, itu tanda memang tidak bernafas dan bekalan oksigen sudah jatuh paling rendah. Lakukan CPR.

9) Setiap dua minit, periksa semula kesedaran mangsa. Tengok pada respons mangsa. Jika masih tidak ada respons, segera sambung CPR lagi!

10) Lakukan CPR sehingga bantuan ambulans tiba.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain