suria

Senheng lebar sayap menerusi transformasi perniagaan

Senheng kini berkembang pesat sejak penubuhannya pada 1989.

BERMULA secara sederhana pada tahun 1989, Senheng Electric (KL) Sdn Bhd (Senheng) kini melebarkan sayapnya dengan pembukaan lebih 100 cawangan kedai fizikal yang menawarkan lebih 280 jenama elektrik dan elektronik yang terkenal di seluruh Malaysia.

Bukan sekadar itu, Senheng turut tersedia melalui pelbagai platform runcit dalam talian.

Sebagai salah satu peneraju utama dalam industri, Senheng berbangga dengan pencapaiannya sebagai pelopor dalam pendigitalan dan transformasi perniagaan, malah menyesuaikannya mengikut permintaan pengguna bagi mengukuhkan operasi hariannya. Hari ini, Senheng mempunyai pangkalan pelanggan yang semakin berkembang dengan 3.57 juta ahli kesetiaan PlusOne.

"Apa yang membezakan Senheng daripada pesaingnya dan meletakkan syarikat itu sebagai pemain industri terkemuka ialah kekuatan daya saingnya. Ini dinamakan sebagai 'keunggulan daya saing', di mana salah satu strategi kami adalah 'Juara Wilayah' yang telahpun dilaksanakan," kata Pengerusi Eksekutif Senheng, Lim Kim Heng.

Berusaha mengubah rangkaian kedai runcitnya menjadi ‘Juara Wilayah’ di seluruh negara, Senheng memberi penekanan kepada ruang dan rangkaian produk pengguna bagi setiap premisnya, dalam radius 5 kilometer.

Premis senQ melaksanakan konsep kedai runcit kontemporari dan terletak di pusat beli-belah dengan ruang legar yang besar, pada purata 12,000 kaki persegi.

Premis senQ melaksanakan konsep kedai runcit kontemporari dan terletak di pusat beli-belah dengan ruang legar yang besar, pada purata 12,000 kaki persegi.

Program perluasan dan naik taraf yang meliputi tempoh tiga tahun dari 2022 hingga 2024 pula melibatkan premis di seluruh negara.

Sementara itu, format terbaharu kedai Senheng seperti Grand Senheng dan Grand Senheng Elite, serta Grand senQ dan senQ Elite, ditempatkan di lokasi popular dan pusat beli-belah seperti Putrajaya, Pavilion Bukit Jalil dan Cheras Leisure Mall di Kuala Lumpur, serta Paradigm Mall di Johor Bahru.

"Dengan inisiatif pengembangan teknologi seperti peningkatan penggunaan AI, analisis data dan kempen pemasaran digital yang inovatif, usaha ini membantu mewujudkan usaha pemasaran yang lebih terperinci dan bersasar. Oleh itu, pengalaman membeli-belah yang memuaskan terbentuk, sekali gus membezakan kami dengan pesaing," kongsi Kim Heng.

Semua kakitangan Senheng dan senQ melalui program latihan bagi mempertingkatkan taraf profesional dan pengetahuan tentang produk.

Semua kakitangan Senheng dan senQ melalui program latihan bagi mempertingkatkan taraf profesional dan pengetahuan tentang produk.

Bergerak ke arah memajukan aplikasi Senheng dan meningkatkan pengalaman pelanggan ke peringkat seterusnya, Senheng melancarkan S-Rewards Centre, dengan membawa jenama terkemuka merentas pelbagai industri ke satu platform, di samping memperkenalkan Pulangan S-Coin kepada ahli PlusOne.

"Aplikasi Senheng berfungsi sebagai platform gaya hidup untuk ahli mendapatkan mata (point), ganjaran pulangan dan resit pembelian mereka. Selain menjadi platform informasi baharu kepada ahli, baki ganjaran pulangan dan promosi yang sentiasa dikemas kini, aplikasi itu juga mempunyai ciri lain seperti penstriman langsung dan gamifikasi untuk memikat hati ahli.

"Saya juga berbesar hati untuk memaklumkan bahawa aplikasi Senheng berkembang dengan baik. Satu penyumbang utama ke arah popularitinya ialah S-Rewards Centre kami, yang menjadi tonggak utama dalam aplikasi di mana ahli boleh membeli daripada 18 kategori produk yang berbeza seperti barangan segar, barangan runcit, kosmetik, pakaian, kesihatan dan barang kemas, serta mendapatkan S-Coin atas pembelian mereka.

"Walaupun S-Rewards Centre menawarkan sehingga 100 peratus pulangan S-Coin, S-Rewards Centre juga bertujuan untuk membantu peniaga memperoleh margin yang baik dan mengelakkan daya saing harga dengan mengehadkan bilangan peniaga daripada kategori yang sama. Akhirnya, apa yang kami lakukan adalah untuk menyediakan ekosistem di mana kedua-dua pedagang dan pelanggan boleh mendapat manfaat daripadanya.

"Selain itu, Aplikasi Senheng yang inovatif juga menyediakan satu lagi bentuk kemudahan dan ganjaran gaya hidup. Pengalaman pelanggan untuk pembelian dalam talian akan menjadi lebih memuaskan dengan sokongan pasukan jualan yang berpengalaman.

"Ini kerana kami memberi perkhidmatan pelanggan dalam kedai dan perkhidmatan selepas jualan yang memberi kepuasan sama kepada pelanggan dalam talian," ujar Kim Heng.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain