suria

Bawa si comel jalan-jalan bukan lagi masalah, haiwan peliharaan kini boleh jadi penumpang e-hailing

Pelanggan boleh membawa haiwan peliharaan mereka bersama Maxim.

BAGI pencinta binatang, haiwan peliharaan sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.

Tentunya para pemilik ingin membawa haiwan peliharaan mereka ke mana sahaja bersama-sama.

Kini isu pengangkutan bukan lagi masalah!

Syarikat perkhidmatan e-hailing, Maxim, menyedari bahawa tidak semua individu mempunyai pengangkutan sendiri dan pada waktu tertentu ada yang perlu membawa haiwan peliharaan bersama.

Dengan Maxim Malaysia, penumpang boleh membawa 'si comel' ke taman untuk berjalan-jalan, klinik haiwan untuk pemeriksaan perubatan dan juga mengembara bersama-sama.

Kemudahan ini diperkenalkan sejak operasi Maxim di Malaysia pada 2018 dan masih kekal aktif dengan maklum balas yang baik.

Penumpang boleh membuat tempahan dengan harga yang berpatutan walaupun ada tambahan haiwan peliharaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ditinggalkan sendirian, bosan antara sebab kucing lebih aktif waktu malam

Tempahan boleh dibuat di aplikasi Maxim yang boleh didapati melalui Playstore, Appstore dan Huawei Store.

Berikut adalah cara-caranya:

1) Buka aplikasi Maxim, pilih lokasi sekarang dan masukkan destinasi untuk lokasi seterusnya.

2) Tekan butang (permintaan untuk perjalanan anda) dan tambah haiwan peliharan dalam tempahan.

3) Maklumkan kepada pemandu di ruangan mesej mengenai haiwan peliharaan.

4) Nikmati perjalanan.

Tip yang boleh digunakan untuk penumpang adalah untuk duduk di bahagian belakang kereta dengan haiwan peliharaan mereka bagi mengawal pergerakan dan aktiviti si comel.

Namun terpulang kepada penumpang, jika ingin membawa beg atau sangkar kecil bersama.

Jadi, anda tidak perlu lagi bimbang untuk membawa haiwan peliharaan bersama-sama, sebaliknya hanya menempah dengan Maxim e-hailing.

Mudah bukan? Apa tunggu lagi, jom travel bersama Maxim!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain