suria

Badan terasa gatal selepas mandi? Apa kata cuba mandian antibakteria berasaskan tumbuhan, arang

Sabun mandi antibakteria berasaskan tumbuhan dapat memberi kesegaran pada tubuh.

PAKAIAN sudah dicuci dengan air panas dan menggunakan sabun pembasmi kuman, tapi badan masih terasa gatal walaupun selepas mandi.

Kadang-kadang, sabun mandi biasa yang digunakan tidak dapat mematikan kuman pada badan disebabkan melakukan aktiviti lasak dan kerap berpeluh.

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa si comel jalan-jalan bukan lagi masalah, haiwan peliharaan kini boleh jadi penumpang e-hailing

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kongsi cara buat CPR mangsa lemas, tip elak terkena renjatan elektrik

Mungkin juga produk mandian yang digunakan tidak sesuai dengan anda.

Jika anda mengalami situasi seperti itu, apa kata mencuba produk mandian khusus yang berasaskan formula antibakteria seperti Follow Me.

Dua produknya, Anti-Bacterial Deep Cleansing Charcoal serta Anti-Bacterial Daily Detox Tea Tree mungkin dapat membantu mengatasi masalah kesihatan kulit dan pada masa sama menyempurnakan aktiviti mandian anda di rumah kerana rumusan formula berasaskan tumbuhan dapat membunuh 99.999 peratus kuman dan bakteria berbahaya.

Deluxe Gold merupakan formula piawaian emas yang diperkaya dengan ekstrak tumbuhan semula jadi seperti melaleuca (tea tree) dan arang yang diketahui mengukuhkan lagi ramuan antibakteria yang memberikan perlindungan berserta haruman semerbak yang menyegarkan.

Produk baharu Follow Me diperkaya dengan ekstrak semula jadi daun teh dan arang.

Produk baharu Follow Me diperkaya dengan ekstrak semula jadi daun teh dan arang.

Ia dicipta untuk memberikan pengalaman mandian lebih menarik kepada pengguna, sekali gus mencetuskan ketenangan fikiran dengan formula antibakteria semula jadi yang melindungi kulit.

Hasil ujian dermatologi juga mengesahkan bahawa rangkaian mandian Follow Me Antibakterial ini tidak mengandungi paraben mahupun triklosan serta terbukti lembut ke atas semua jenis kulit.

Malahan, ia juga terbukti halal, selamat, lembut dan sesuai untuk seisi keluarga.

Pengurus Besar Tohtonku Malaysia dan Singapura, Patrick Ee berkata, sebagai jenama perintis dalam produk kecantikan dan penjagaan diri di Malaysia yang dimajukan dengan teknologi Jepun, Follow Me sentiasa komited untuk menyediakan kualiti terbaik dan berinovatif sepanjang tahun selaras dengan gaya hidup masyarakatnya.

"Anti-bakteria kini menjadi kriteria popular dalam kebanyakan produk kecantikan Malaysia, matlamat kami dengan pelancaran baharu ini untuk menyediakan formulasi kekuatan tambahan menggunakan bahan-bahan semula jadi daripada ekstrak berasaskan tumbuhan yang membantu bukan sahaja detoks dan pembersihan mendalam,bahkan melindungi kulit secara lembut,” tambahnya.

Bagi Follow Me Anti-Bacterial Deep Cleansing Charcoal, mandian badan dengan rumusan unggul yang diperkaya dengan ekstrak arang semula jadi dapat memberikan pelbagai manfaat kepada kulit seperti pembersihan rapi dan peluluran tanpa menghapuskan minyak semula jadi pada kulit.

Ia juga membuang kotoran yang lebih dalam, termasuk kulit mati dan bintik hitam selain menyahtoksinkan serta mengetatkan kulit dan pori. Produk yang tidak merengsakan ini telah diuji secara dermatologi dan lembut kepada kulit, lantas memberi perlindungan bakteria semula jadi dan serba lengkap untuk seisi keluarga.

Follow Me Anti-Bacterial Daily Detox Tea Tree pula diperkaya dengan minyak melaleuca (tea tree) untuk meningkatkan perlindungan antibakteria yang mana penggunaannya secara kerap dapat merawat jerawat atau jerawat batu kerana ciri-ciri antiradang dan antimikrobnya.

Pada masa sama, ia membantu mengurangkan kemerahan dan bengkak serta parut jerawat, memastikan kulit lembut dan licin selepas pembersihan muka yang menyegarkan.

Bahan yang terdapat di dalam mandian ini juga tidak merengsakan kulit, malah telah diuji secara dermatologi dan terbukti lembut pada kulit.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain