suria

Comel! AEON Star Rewards tawar barangan Tupperware bertemakan Disney, ini cara buat penebusan

Kempen penebusan berlangsung di semua kedai AEON, AEON BiG dan MaxValu Prime, selagi stok masih ada.

WATAK Disney seperti Mickey Mouse, Donald Duck dan Snow White bukan sahaja digemari golongan kanak-kanak, malah turut menjadi 'kegilaan' orang dewasa.

Selain menonton cerita-cerita Disney, mereka juga gemar mengumpul pelbagai barangan berkaitan untuk diabadikan sebagai kenangan atau digunakan dalam kehidupan seharian.

Berita baik buat anda semua, AEON baru-baru ini melancarkan program AEON Star Rewards sempena sambutan ulang tahun ke-100 The Walt Disney Company (Walt Disney).

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran dan Perdagangan AEON, Low Ngai Yuen, mereka turut bekerjasama dengan syarikat Tupperware dalam program itu yang telah bermula sejak 27 Disember lalu sehingga Jun depan.

"Kami gembira untuk memulakan tahun 2023 dengan membuatkan senyuman terukir di wajah pelanggan menerusi barangan Tupperware terbaharu yang bertemakan Disney melalui program Star Rewards.

"Kami juga berharap pelanggan yang mengumpul barangan Tupperware bertemakan Disney ini akan mendapati bahawa ia berguna dalam meminimumkan pembaziran dan pencemaran alam serta menggunakannya apabila mengunjungi AEON," ujarnya.

Untuk rekod, program itu tersedia untuk semua pelanggan AEON dan penebusan boleh dibuat di semua kedai AEON, AEON BiG dan MaxValu Prime, selagi stok masih ada.

Sempena ulang tahun ke-100 Syarikat Walt Disney, Tupperware akan menampilkan watak Disney yang digemari pada produk terpilih termasuk Mickey Mouse, Donald Duck, Winnie the Pooh, Snow White, Mulan, Moana dan cerita Pixar kegemaran peminat seperti Finding Nemo, Toy Story dan banyak lagi.

disney3

Barangan Tupperware bertemakan Disney yang boleh ditebus oleh pelanggan AEON.

Produk Tupperware yang boleh ditebus ini termasuk kotak makan tengah hari dan set botol eko, botol eko bulat dalam saiz 500ml dan 1000 ml, dan set perkakas dua dan tiga keping.

Bagi yang tertanya-tanya sekiranya mereka layak atau tidak, produk AEON Star Rewards Disney100 Tupperware boleh ditebus untuk ahli AEON dan bukan ahli.

Berikut merupakan kaedah penebusan bagi program itu:

1. Setiap RM30 yang dibelanjakan dalam satu resit sebagai Ahli AEON berhak mendapat dua setem, dan pembayaran melalui Kad Visa AEON Member Plus/Kad Kredit AEON/AEON Wallet berhak mendapat tiga setem.

2. Bukan ahli AEON berhak mendapat satu setem bagi setiap RM30 yang dibelanjakan dalam satu resit.

3. Ahli AEON mesti mengumpul 20 setem, manakala bukan ahli mesti mengumpul 40 setem untuk satu penebusan.

Selain itu, peminat Disney akan dapat menikmati pop up store bertemakan Disney100 menampilkan jenama tempatan seperti Forest, Giomax, Pustaka Sri Dunia dan banyak lagi di Concourse AEON Mall Shah Alam dari sekarang hingga 5 Februari 2023.

Antara barangan yang ditawarkan termasuklah pakaian dan kasut, mainan, makanan sihat dan kecantikan, peralatan rumah, alat tulis dan banyak lagi.

Untuk butiran lanjut tentang kempen dan penebusan produk, sila lawati https://aeonretail.com.my/AEONStarRewards/

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain