suria

Awas! Elak letak cermin depan katil, ini penjelasan pakar bilik tidur

Elak letak cermin di hadapan katil jika anda seorang yang penakut. (Gambar Hiasan)

RUTIN harian kita biasanya merangkumi waktu siang yang penuh aktiviti, diakhiri dengan rehat dan tidur pada waktu malam.

Namun, ada segelintir individu hidup dalam keadaan sengsara apabila gagal mendapat tidur yang nyenyak.

Sebenarnya, ada banyak faktor yang boleh mempengaruhi kualiti tidur kita pada waktu malam.

Ini termasuklah faktor susun atur bilik tidur, merangkumi pemilihan warna serta kedudukan perabot yang boleh memberi kesan langsung kepada corak tidur.

Apabila bercakap tentang perabot, kedudukan tilam dan cermin dalam bilik boleh memberi impak besar kepada anda untuk tidur pada waktu malam.

Jika anda mencari cara untuk tidur dengan lebih nyenyak, penyelesaiannya mungkin lebih mudah iaitu cermin.

high-angle-messy-makeup-table

Susun atur perabot bilik tidur boleh memberi kesan terhadap tidur anda. Foto: Freepik.

Menurut pakar tidur, kedudukan cermin adalah penting di dalam bilik tidur dan anda dinasihatkan tidak meletakkannya secara terus di hadapan katil.

Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa cermin tidak boleh menghadap katil?

Sesetengah orang mungkin menganggp ia adalah khurafat, atau mungkin agak bodoh untuk bimbang tentang kedudukan cermin betul-betul di hadapan katil.

Bagaimanapun, terdapat bukti psikologi yang menunjukkan bahawa ia boleh mengganggu tidur anda, jelas Giuseppe Aragona, pengamal am dan doktor dalam talian di OnlinePrescriptionDoctor.

Menurut Aragona, cermin yang bertentangan dengan katil memberikan gambaran bahawa anda sedang diperhatikan, apatah lagi selepas lampu bilik tidur dipadam.

Anda akan berasa seolah-olah melihat pantulan diri pada cermin, sekali gus boleh menyebabkan rasa takut yang membuatkan anda gagal tidur dengan lena.

Jika anda seorang yang mudah takut, mengalami masalah tidur, atau mudah bangun pada waktu malam, anda mungkin mahu mengelakkan cermin diletakkan di hadapan katil.

Dia juga merujuk kepada idea feng shui bilik tidur yang mana pemasangan cermin di hadapan katil dikatakan boleh menggalakkan beberapa jenis gangguan yang menyebabkan masalah dengan perhubungan. - Kompas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain