suria

Makan burger, piza tapi badan tetap langsing... Jennie Blackpink amal diet cara sihat, yang penting elak kandungan garam!

Jennie biasanya mengamalkan jus detoks dan bubur sebagai menu diet waktu malam.

PENYANYI kumpulan K-Pop Blackpink, Jennie bukan sahaja diminati kerana bakat seni, malah turut menjadi pujaan ramai kerana kecantikannya.

Dengan jutaan peminat di seluruh dunia, sudah tentu ia sedikit-sebanyak memberi tekanan kepada Jennie untuk tampil menarik pada mata umum.

Jika anda tertanya-tanya mengenai rutin pemakanan serta senamannya, Jennie yang berusia 27 tahun sentiasa konsisten dengan pola diet yang diamalkannya.

Makan dan minum

Menerusi satu pendedahan, muka dan badan Jennie dikatakan boleh membengkak jika dia mengambil makanan yang tinggi dengan kandungan garam.

Untuk mengekalkan bentuk badannya, Jennie mengelak pengambilan garam dalam diet hariannya.

Semasa diet, Jennie akan makan tiga hidangan setiap hari.

Diet Jennie bermula dengan makanan ringan dan ringkas untuk sarapan pagi sebelum dia melakukan rutin yoganya.

jennie2

Selain menjaga pemakanan, Jennie juga aktif melakukan senaman.

Kemudian untuk makan tengah hari, Jennie mengamalkan salad avokado dan minum air kosong.

Untuk makan malam, Jennie biasanya memilih bubur dan jus detoks.

Pada hari-hari tertentu, Jennie juga ada cheat day yang membolehkan dia menikmati makanan kegemarannya seperti piza dan burger.

Memandangkan Jennie terkenal dengan diet tanpa garam, sesetengah orang mungkin merasa sukar untuk mengikuti rutin diet itu.

Senaman

Seperti yang dilakukan oleh ramai artis K-Pop, latihan tarian adalah salah satu rutin senaman yang paling biasa mereka lakukan.

Jennie juga melakukannya sebagai sebahagian daripada latihannya, tetapi penyanyi lagu Solo itu juga juga mempunyai pilihan lain yang boleh anda ikuti.

Jennie dan seorang lagi anggota Blackpink iaitu Jisoo juga sememangnya aktif mengikuti senaman yoga dan pilates. - Channel Korea.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain