PENDINGIN hawa atau aircond merupakan peralatan elektronik yang dipasang di kebanyakan rumah. Bagaimanapun, penggunaannya sepanjang hari boleh meningkatkan bil elektrik bulanan anda. Namun, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan supaya bil elektrik tidak melambung disebabkan penggunaan pendingin hawa. 1. Pilih suhu yang betul Anda tidak boleh menetapkan pendingin hawa pada suhu minimum. Ramai sering berfikir bahawa menetapkan penghawa dingin pada 16 darjah Celsius akan memberikan penyejukan yang lebih baik, tetapi sangkaan ini tidak betul. Menurut Biro Kecekapan Tenaga (BEE), suhu pendingin hawa yang ideal untuk tubuh manusia ialah 24 darjah Celsius dan mana-mana penghawa dingin akan memerlukan kurang beban untuk mencapai sasaran tersebut. Jangan lupa gunakan timer supaya tidak berlaku pembaziran. Jadi, sebaiknya tetapkan suhu pendingin hawa sekitar 24 darjah Celsius. Ini akan menjimatkan lebih banyak elektrik dan juga mengurangkan bil. 2. Matikan apabila tidak diguna Anda perlu sentiasa mematikan suis pendingin hawa apabila tidak digunakan. Kebanyakan orang cenderung untuk mematikan pendingin hawa dengan alat kawalan jauh, tetapi itu tidak sepatutnya dilakukan. ARTIKEL BERKAITAN: Salah sendiri... Ini 5 sebab bil elektrik mencanak naik tanpa disedari Dengan cara ini, banyak tenaga elektrik terbuang apabila pemampat ditetapkan kepada 'idle load' dan akhirnya menjejaskan bil elektrik bulanan. 3. Gunakan timer Semua pendingin hawa dilengkapi dengan timer. Jadi, lebih baik menggunakan ciri ini daripada menghidupkan pendingin hawa sepanjang malam. Apabila anda menetapkan timer penghawa dingin, ia akan dimatikan selepas masa tertentu. Ini akan mengurangkan penggunaan pendingin hawa yang berlebihan dan juga mengurangkan bil elektrik dengan margin yang besar. Tutup ruangan dalam kediaman supaya pendingin hawa dapat menyejukkan ruang dengan cepat. 4. Servis secara berkala Semua peralatan memerlukan servis, begitu juga pendingin hawa. Walaupun kebanyakan pengeluar mendakwa pendingin hawa mereka tidak memerlukan servis yang kerap, ia sebenarnya tidak benar sama sekali. Anda perlu melakukan servis pendingin hawa walaupun ia tidak digunakan setiap hari. Jadi, tiada habuk atau zarah lain yang mungkin merosakkan alat ini. 5. Sentiasa tutup pintu dan tingkap Sebelum menghidupkan pendingin hawa, disyorkan untuk menutup pintu setiap bilik dengan betul. Ini akan membantu menyejukkan bilik dengan cepat dan untuk tempoh yang lebih lama, sekali gus juga menjimatkan bil elektrik. - Kompas. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI