KALAU nampak beg tote, mesti terus rambang mata! Berita baik buat mereka yang suka mengumpul beg tote pelbagai corak, ada koleksi baharu yang menanti anda semua. Bukan sahaja untuk menambahkan koleksi, nak menggayakan beg ini sebagai aksesori tambahan rakaman foto outfit of the day (OOTD) pun sesuai. Antara beg tote yang tersedia untuk dibeli. Terbaharu kedai serbaneka CU dari Korea Selatan bergabung tenaga dengan pereka terkenal Malaysia, Christy Ng untuk memperkenalkan koleksi beg tote yang bergaya. Reka bentuk pada beg tote yang diilhamkan daripada seni bina cawangan kedai-kedai CU di Korea menjadikan rekaannya lebih tersendiri yang unik. ARTIKEL BERKAITAN: Enggan ikut trend... koleksi Yuna x Christy Ng sesuai untuk semua golongan sepanjang zaman Kedua-dua beg didatangkan dalam dua skema warna khas untuk disesuaikan dengan personaliti dan citarasa anda. Jika ingin bangkitkan mood yang meriah dan ceria, pilihlah padanan warna biru serta kuning. Terdapat juga beg tote yang minimalis. Sebaliknya jika cenderung ke arah citarasa bersih dan klasik, reka bentuk kedua yang lebih minimalis dengan warna ungu dan hijau CU sesuai untuk anda. Namun tidak kisah sama ada rekaan pertama atau kedua menjadi pilihan anda, memiliki sebuah beg tote yang diperbuat daripada bahan kanvas berkualiti tinggi ini pasti menjamin perjalanan membeli-belah yang selesa dan bergaya. Setelah melancarkan cawangan ke-100 CU di Malaysia baru-baru ini, kerjasama berkenaan adalah bagi meraikan sokongan rakyat di negara ini. Koleksi beg tote CU x Christy Ng kini boleh dibeli di semua cawangan CU di seluruh Malaysia, dijual pada harga RM49.90 setiap satu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube