suria

Cecair pewangi boleh hakis ruang kereta jika tertumpah? Amalkan 4 cara ini elak kenderaan bau kepam

Sesetengah cecair di dalam pewangi boleh merosakkan permukaan di dalam kereta.

MEMASANG atau menggantung pewangi sudah menjadi perkara biasa bagi pemilik sesebuah kenderaan.

Maka tidak hairanlah terdapat lambakan pewangi kenderaan dalam pasaran bagi memenuhi permintaan mereka yang gemar menggunakannya.

Didatangi dengan pelbagai jenis bau, pewangi kereta ini bertujuan untuk menggantikan bau kepam, hapak dan juga masam setiap kali anda berada di dalam kenderaan.

Pewangi kereta selalu digunakan dalam hampir semua jenis kenderaan. - Gambar hiasan

Biasanya, ia digantung pada bahagian tertentu seperti cermin pandang belakang, pendingin hawa atau di mana-mana sahaja di dalam kereta.

Namun siapa sangka, sebenarnya aksesori ini berbahaya kepada keselamatan pemandu dan penumpang di dalamnya.

Baru-baru ini, kecoh di Twitter apabila seorang pelayar berkongsi video dan foto keadaan keretanya selepas sekian lama menggunakan cecair pewangi.

Apa yang mengejutkan netizen adalah apabila batang signal yang menjadi tempat menggantung pewangi berkenaan mengalami hakisan.

Tangkap layar video dikongsikan @Kujie di Twitter.

Tahukah anda bahawa bau-bauan yang dihasilkan oleh pewangi kenderaan adalah palsu kerana sintetik dan bukannya menggunakan bahan asli.

Ia merupakan campuran bahan kimia sama ada dengan menggunakan campuran alkohol, asid karboksilik ataupun derivatif (bahan kimia) sebatian petroleum.

Antara contoh bahan kimia tersebut ialah aldehid, toulene dan juga benzena yang boleh menyebabkan risiko pada kesihatan seperti kanser, keguguran, alahan, sakit kepala dan juga boleh merosakkan kemasan plastik dalam kereta.

Bau-bauan yang dihasilkan oleh pewangi kenderaan adalah palsu kerana sintetik dan bukannya asli. - Foto: ridester.com

Namun usah bimbang kerana anda masih boleh menghasilkan suasana segar dalam kabin kenderaan tanpa menggunakan pewangi.

Antara inisiatif yang anda boleh dibuat ialah:

1. Memasang pelapik kaki dan pelapik dalam ruang kargo yang boleh dibasuh, disiram dan dicuci apabila kotor.

Ini kerana jika anda menggunakan coil mat atau karpet, ia boleh basah dan menghasilkan bau kepam

2. Letakkan ketulan arang dalam ruang kenderaan atau memasang penapis penyaman udara yang dilapisi arang untuk menyerap bau busuk.

3. Gunakan wangian natural seperti daun pandan atau bunga kemboja.

4. Pastikan anda rajin mencuci ruang dalaman kereta termasuk membuang segala sampah, sisa makanan, makanan tertumpah juga muntah anak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain