MENUNGGU bahan mentah mencair atau defrost (nyahbeku) sebelum memasak merupakan satu perkara yang melecehkan. Apatah lagi jika menunggu ayam atau daging kerana kedua-dua bahan mentah itu mengambil masa yang lebih lama berbanding makanan laut. Maka ramai yang menggunakan kaedah membiarkan bahan mentah di luar pada suhu bilik melebihi empat jam untuk dinyahbeku secara semulajadi. Sambil menunggu, pastinya ramai yang menggunakan masa yang ada untuk menguruskan hal lain seperti mengemas dan menjemur pakaian. Defrost seekor ayam mengambil masa yang lama. Namun tahukah anda cara sebegitu boleh menjadi punca keluarga anda berdepan risiko keracunan makanan? Menerusi satu hantaran dibuat Shahida Zahira di TikTok, dia berkongsi kaedah mudah dan selamat untuk mencairkan ayam atau daging beku bagi mengelakkan keracunan. Kaedah salah boleh menyebabkan kuman merebak pada bahan sejukbeku: 1. Letak di bahagian lain dalam peti (bukan chiller) untuk cairkan ayam yang beku selama seharian. 2. Curahkan air panas untuk cepat cair. 3. Masak dalam slow cooker. Lalukan air pada bahan mentah merupakan salah satu cara defrost ayam dengan segera. Cara betul nyahbeku ayam dengan cepat 1. Rendamkan dan lalukan air pili yang bersih. 2. Guna fungsi ‘defrost’ dalam ketuhar gelombang mikro. 3. Guna periuk tekanan tinggi. Meninjau di ruangan komen video tersebut, ramai yang terkejut bahawa kuman boleh merebak dan membiak sekiranya bahan mentah ayam dan daging dibiarkan terdedah dalam susu bilik untuk tempoh lama. Malah, ada juga yang berkongsi info tentang tempoh yang diambil untuk menyahbekukan bahan mentah dengan cara rendam dan lalukan air. Kata mereka ia hanya memakan masa beberapa minit selain tidak perlu membuka pili air dengan deras. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube