suria

Duit gaji asyik tak cukup, nak menyimpan jauh sekali... Ini tip mudah urus kewangan, biar lambat asal buat!

Terdapat beberapa tip agar gaji tidak cepat habis dibelanjakan.

KELUHAN mengenai jumlah gaji yang tidak cukup untuk menampung kos sara hidup bukan perkara baharu.

Dengan pendapatan yang diperoleh itulah akan digunakan untuk menguruskan perbelanjaan harian dan komitmen bulanan.

Maka tidak hairanlah apabila amalan menabung atau menyimpan wang menjadi sukar dalam kalangan generasi muda hari ini.

Gaji tidak cukup dibelanjakan sehingga akhir bulan merupakan masalah golongan muda masa kini.

Namun masalah ini boleh diatasi sekiranya kita menggunakan kaedah yang betul mengikut kesesuaian masing-masing.

Ikuti nasihat perunding kewangan ini, Azizul Azli Ahmad yang berkongsi cara boleh agar wang kita tak cepat habis dibelanjakan.

Terdapat lima tip mudah boleh diamalkan seperti berikut:

1. Perlu ada sumber gaji

Pendapatan tetap penting untuk kita kekal ada sumber pendapatan.

Namun kita hendaklah menambah dua jenis pendapatan ini juga

a. Pendapatan sampingan

b. Pendapatan pasif

2. Menabung

Apabila mendapat gaji, kita mestilah menanam impian untuk menabung.

Mulakan dengan jumlah 10 peratus daripada gaji.

Nak rasa diri lebih ‘seksi’, jika masih bujang, buat simpanan 30 peratus hingga 40 peratus daripada gaji.

3. Melabur

Membuat pelaburan selepas ada tabungan kecemasan enam bulan gaji.

Jangan melabur sebelum ada simpanan, nanti ‘lebur’.

4. Duit berkembang

Apabila melabur, pantau hasil pelaburan kita, jangan hanya percaya apa kata ejen semata-mata.

Biasanya ‘auta’ lebih besar daripada fakta.

Anda boleh mengelakkan berlaku masalah kewangan sekiranya melakukan cara dikongsikan.

5. Kekayaan bertambah

Pastikan duit kita ditukar jadi aset seperti membuat pembelian emas dan hartanah untuk masa depan.

Menurut Azizul, sekiranya berjaya lakukan cara ini, duit yang kita dapat daripada pendapatan bulanan akan kekal lama.

Malah ia tak akan habis begitu sahaja, maka, barulah ada hasil daripada gaji kita.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain