APABILA tiba masanya untuk mencuci toto atau comforter, ramai yang memilih untuk bertandang ke premis dobi layan diri kerana mesin basuhnya yang besar. Jika membasuh toto di rumah, kemungkinan hasilnya kelak juga tidak seberapa dan kebersihan toto tidak seperti yang diinginkan. Namun begitu, ketika di dobi layan diri jangan terus mencampak toto ke dalam mesin basuh kerana ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Toto biasanya dibasuh di dobi layan diri kerana lebih mudah. Anda boleh cuba beberapa tip ini untuk memastikan toto dapat dicuci dengan bersih tanpa mengalami sebarang kerosakan. Petua basuh toto di dobi layan diri: 1) Periksa label pada toto untuk memastikan ia sesuai untuk cucian mesin dan suhu air yang disarankan. 2) Pastikan tiada bahagian yang terkoyak atau bukaan jahitan, perkara ini untuk mengelakkan bahagian yang terkoyak menjadi lebih besar. 3) Mulakan proses pre-wash: Cuci bahagian kotoran yang kelihatan (stain) menggunakan cecair pencuci. 4) Masukkan toto ke dalam mesin basuh. Jika ada tompokan kotoran pada toto, cuci dahulu bahagian tersebut menggunakan cecair pencuci. 5) Untuk cucian yang lebih berkesan, guna mesin basuh yang besar dan pastikan satu mesin basuh untuk satu toto sahaja. 6) Pilih suhu basuhan mengikut kesesuaian fabrik. Disarankan untuk menggunakan mod cucian panas bagi membunuh kuman dan hama habuk (dust mite). 7) Masukkan sabun dan pelembut fabrik di salur masuk mesin basuh. Gunakan sabun yang lembut (mild). Toto yang bersih menjamin tidur yang lebih lena. (Gambar hiasa, Freepik) 8) Selepas selesai cucian, keringkan menggunakan mesin pengering pada suhu yang tinggi. Suhu pengeringan yang tinggi dapat membunuh hama. 9) Periksa kekeringan toto sebelum masa tamat. Tambah pusingan masa jika memerlukan. Masa yang dicadangkan adalah selama 27 hingga 30 minit. 10) Kalau mempunyai kelapangan masa, anda boleh sahaja jemur toto di bawah cahaya matahari. Boleh dicuba selepas ini dan lihat sendiri keberkesanannya. - Bubble Laundrette Station Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube