suria

Guna 3 bahan, 2 langkah mudah ini untuk hilangkan kesan watermark pada cermin kereta

Gunakan langkah ini untuk membuatkan cermin kereta anda bersih dan berkilat seperti baharu.

JIKA anda meletakkan kenderaan di tempat terbuka dan terdedah, dapat diperhatikan tingkap kereta akan mempunyai kesan 'watermark' atau berbelak.

Kesan kotoran itu mungkin akan hilang jika dicuci dengan air tetapi akan muncul semula tidak lama selepas itu, betapa degilnya ia!

Jadi bagaimana untuk menghilangkan kotoran 'watermark' ini secara kekal kerana kotoran ini boleh menghalang penglihatan ketika pemanduan dan juga merosakkan rupa luaran kereta.

Kotoran 'watermark' pada cermin kereta tidak boleh dihilangkan dengan cara pembersihan biasa.

Seorang netizen yang dikenali sebagai Abah (@chairman_GLC) berkongsikan satu tip untuk menghapuskan permasalahan ini buat selama-lamanya.

Ayuh kita cuba di rumah dan saksikan sendiri keberkesanannya. Sungguh mudah!

Berikut adalah cara-cara untuk menghapuskan kotoran 'watermark' pada tingkap kereta.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghapuskan kotoran 'watermark' dari cermin kereta.

1) Sediakan tiga bahan ini

Pertama, sebekas air yang bersih.

Kedua, sediakan magic sponge, boleh dapatkan dari sini.

Ketiga, sediakan Cerium Oxide, boleh dapatkan dari sini .

Cerium oxide ini sememangnya merupakan bahan khas bertujuan untuk menggilap cermin.

Selain membasmi kotoran 'watermark', ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan calar halus pada cermin kereta. Penyelesaian dua dalam satu!

Mulakan pembersihan dengan menggunakan campuran cecair Cerium Oxide.

2) Campurkan bahan

Campurkan Cerium Oxide dengan air sehingga campuran menjadi pekat. Tetapi jangan terlalu pekat.

3) Mulakan proses menggilap cermin kereta

Rendamkan magic sponge ke dalam campuran Cerium Oxide.

Gunakan magic sponge yang telah direndam untuk menggosok cermin kereta sehingga hilang kotoran 'watermark'.

Boleh perhatikan melalui pergerakan air di cermin kereta untuk menentukan sama ada kotoran 'watermark' itu masih wujud atau sudah berjaya dilenyapkan.

Cermin kereta anda kini akan menjadi bersih seperti baharu.

Hasil selepas itu akan memperlihatkan cermin kereta bersih dan berkilat seperti baru keluar dari kilang, sangat berkesan!

Langkah sudah tersedia, ayuh cuba! - Abah

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain