suria

Wanita ajar DIY cecair pencuci bebas kimia tapi ‘power’... mangkuk tandas putih, bersinar macam baharu

Tiga bahan mudah itu dikatakan berkesan untuk mencuci mangkuk tandas yang kotor.

MANGKUK tandas merupakan antara benda paling penting dalam sesebuah kediaman.

Selain fungsinya yang diketahui umum, tahap kebersihan tandas juga sebenarnya mencerminkan keperibadian penghuni kediaman itu.

Di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Asrinna Bakri berkongsi cara untuk menghasilkan sendiri pembersih tandas dengan menggunakan tiga bahan sahaja.

tandas

Semburkan campuran bahan itu ke mangkuk tandas dan sental menggunakan tuala pengelap.

"Memang banyak pencuci tandas boleh kita pilih di kedai. Tapi, campuran kimia membawa banyak risiko kesihatan, terutamanya jika anda sejenis kulit sensitif.

"Lagi-lagi jika anda dah mula melibatkan anak-anak dalam tugas membersihkan toilet. Anda boleh cipta sendiri pencuci tandas menggunakan bahan-bahan sedia ada di dapur.

"Anda ada banyak pilihan dan boleh pilih mana yang paling sesuai. Bahan-bahan alami ini juga mempunyai kuasa pembersih yang kuat seperti pembersih komersil," ujarnya.

Bahan-bahan:

1. Setengah cawan cuka

2. Secawan soda bikarbonat

3. Tea tree oil

tanadas4

Mangkuk tandas kelihatan bersih selepas dicuci menggunakan tiga bahan itu.

Cara-cara:

1. Tuang cuka ke dalam botol spray. Titiskan beberapa titik Tea tree oil yang boleh dibeli denga harga kurang RM20.

2. Semburkan campuran tadi di mangkuk tandas dan biarkan lima hingga 10 minit.

3.Taburkan soda bikarbonat, gunakan tuala pengelap atau berus lembut untuk membersihkan kawasan itu.

4. Akhir sekali, anda boleh bilas mangkuk tandas itu dengan air.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain