EH wanginya, jiran kita masak apa hari ni? Begitulah ungkapan yang sering kita ucapkan setiap kali terhidu aroma tumisan atau masakan dari kediaman jiran. Bau masakan yang 'terbang' dari rumah jiran atau dari dapur sendiri kadang-kala turut melekat pada baju. Berikut kami kongsikan empat cara mudah untuk mewangikan ruang dapur serta sudut-sudut lain dalam kediaman anda. 1. Rebusan daun limau purut Daun limau purut yang direbus dapat menghasilkan aroma unik yang berfungsi untuk mewangikan kediaman. Rebus daun itu dan biarkan ia di mana-mana kawasan seperti atas rak atau meja makan untuk mendapat aroma semula jadi yang nyaman. 2. Rebusan kulit limau bersama kulit kayu manis Rebus dua bahan ini dan biarkan ia sejuk. Selepas itu, masukkan air rebusan berkenaan di dalam botol semburan. Kulit kayu manis dan daun pandan juga boleh mewangikan kediaman. Semburkannya di sekitar dapur dan juga ruang-ruang lain dalam kediaman anda. 3. Hirisan daun pandan Hiriskan daun pandan dalam saiz yang kecil dan letakkan di dalam bekas yang terbuka. Pasti ruang rumah akan menjadi harum dengan aroma pandan ini. 4. Arang penyerap bau Arang berfungsi sebagai penyerap bau yang sangat efisien. Jadi, letakkan beberapa ketul arang pada sudut tertentu di dapur kerana ia boleh menyerap aroma masakan dan bau-bau yang kurang menyenangkan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube