suria

Jimat sikit tenaga, rupanya tak perlu sental periuk hangus... Ikut cara ini pasti kerak rentung lekang sendiri

Mak Uda ajar cara mudah tanggalkan kesan kerak hangus pada periuk.

MENGGALAS tanggungjawab sebagai seorang isteri bukanlah satu hal yang mudah.

Walaupun mereka berupaya melakukan banyak kerja dalam satu masa (multitasking), tetapi ada kalanya kecuaian tetap akan berlaku.

Seperti yang dikongsikan Mak Uda Cun Ibra di Facebook, kekhilafan seperti terlupa menutup suis dapur gas sering berlaku.

Akibatnya, periuk anda akan 'terkorban' gara-gara kesilapan diri sendiri yang ralit atau leka malah ada masanya terlena ketika memasak.

Cuka, lemon dan soda bikarbonat merupakan antara bahan digunakan untuk menanggalkan kesan hangus.

Justeru tip dikongsikan Mak Uda ini mungkin berguna untuk jadikan periuk yang hitam berkerak akibat masakan hangus kembali bersinar.

Dua bahan penting

1. Baking powder atau soda bikarbonat

2. Lemon atau cuka masakan

Cara-cara tanggalkan kerak hangus

1. Panaskan air dalam kuali atau periuk yang ada kesan hangus.

2. Masukkan soda bikarbonat atau baking powder setelah air mendidih, biar seketika sebelum api ditutup.

3. Biarkan air didihan sejuk sebelum merendam periuk yang hitam untuk disental.

Kesan hangus yang tidak tertanggal selepas direndam perlu disental.

Menurut Mak Uda, kerak atau makanan hangus yang melekat mula lekang dengan sendiri bagi sesetengah periuk.

Tetapi kita tetap perlu sental 'manja' untuk mendapatkan hasil periuk yang berkilat.

Kepada para ibu atau tukang masak, selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain