suria

Senang hati dapat tangkap cicak di rumah... Ini cara jimat buat perangkap sendiri, dijamin anti gagal!

Terdapat dua kaedah mudah boleh dilakukan untuk membasmi cicak di rumah.

CICAK merupakan haiwan kecil yang suka membuat kotor di rumah dengan meninggalkan najis di merata-rata tempat.

Jika ia berlaku, najis cicak perlu dibuang segera sebelum menjejaskan aspek kebersihan serta kesihatan penghuni rumah.

Terdapat cara mudah dikongsikan hellodoktor menggunakan bahan-bahan daripada dapur rumah untuk membuat perangkap cicak.

Bahan-bahan diperlukan adalah seperti:

1. Botol plastik kosong

2. Kapas

3. Air

4. Minyak masak

5. Gula atau susu pekat

Kaedah menggunakan pita pelekat ternyata berkesan untuk menangkap cicak.

Cara membuat perangkap cicak:

1. Potong botol plastik menjadi dua bahagian.

2. Ketepikan bahagian atas botol dan ambil bahagian bawah.

3. Letakkan kapas di dasar botol plastik tersebut bersama air serta gula atau susu pekat ke dasarnya agar bahan ini boleh berfungsi bagi memerangkap cicak di dalam botol.

4. Sapu sedikit minyak masak pada bahagian dalam serta luar botol untuk melicinkan permukaannya.

5. Ambil semula bahagian atas botol dan pasangkan secara terbalik di bahagian atas botol yang telah diletakkan dengan bahan-bahan tersebut.

Apabila perangkap itu siap, lekatkan ia di lokasi yang biasanya menjadi tumpuan cicak.

Hasilnya, cicak akan terperangkap di dalam botol lantas memudahkan kerja anda!

Dua bahan mudah digunakan Affaziah untuk membuat perangkap cicak.

Selain itu terdapat kaedah lain lebih mudah dikongsikan Ct Affaziah di Facebook iaitu menggunakan pita pelekat.

Bercerita tentang pengalamannya, wanita ini berkata dia berjaya menangkap 54 ekor cicak setelah meninggalkan rumah selama tiga minggu.

Perangkap cicak ini hanya menggunakan satu bahan iaitu pita pelekat lut sinar bersaiz besar.

Malah cara ini juga boleh diulang beberapa kali sehingga cicak di rumah anda berjaya dihapuskan.

Caranya adalah anda hanya perlu menampal dengan terbalikkan bahagian yang bergam ke atas.

Hanya bahagian hujung dengan pangkal pita sahaja perlu ditampal pada lantai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain