MEMBELA kucing memerlukan seseorang itu mempunyai kesediaan dari segi komitmen dan kewangan. Terdapat beberapa perkara lain perlu diambil kira selain makanan dan minuman si bulus, termasuklah tempat untuk membuang najis. Namun, terdapat satu cara yang boleh dilakukan oleh mereka yang kurang mampu untuk membeli tandas kucing yang dijual di pasaran pada harga lebih RM100. Nadz Qholed Mokhtar menerusi satu hantaran dibuat di grup Facebook Kucing Sepahkan Apa Hari Ini berkongsi cara menghasilkan sendiri (DIY) tandas untuk kucing peliharaan. Tandas kucing sebenarnya boleh dbuat sendiri dengan mudah. Sebagaimana dikongsikan, Nadz menggunakan kotak menyimpan barang yang boleh didapati di kedai serbaneka atau kedai menjual perkakasan plastik. Mula-mula sekali dia melukis bentuk petak untuk ditebuk lubang pada bahagian tepi kotak untuk dijadikan pintu tandas. Pastikan lubang ditebuk pada ukuran 4cm-5cm dari bahagian tapak kotak bagi mengelakan pasir melimpah. Layurkan pisau pada api dan potong kotak mengikut bentuk yang ditanda. Untuk mendapatkan hasil lebih kemas, boleh guna gergaji kecil apabila memotong kotak. Setelah siap, isi pasir kucing mengikut ketinggian yang sesuai. Membela kucing memerlukan komitmen tinggi. Bagi menghilangkan bau selepas kucing berak, boleh letakkan arang di penjuru kotak atau ubat gegat yang mempunyai pelbagai jenis wangian. Bekas yang dihasilkan ini hanya menelan kos bawah RM100, jauh lebih murah jika dibeli di kedai apatah lagi sekiranya anda memiliki lebih daripada seekor kucing di rumah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube