MESIN basuh merupakan peralatan penting yang ada di kebanyakan kediaman. Walaupun dibeli pada harga mahal, jangka hayat atau ketahanan sesebuah mesin basuh biasanya tidak lama. Jika tidak rosak sekali pun, fungsinya akan merosot sedikit demi sedikit tidak seperti mula-mula dibeli dahulu. Seorang pakar membaik pulih mesin basuh dan peti sejuk, Hairul Vcool berkata antara masalah yang sering dihadapi adalah pengering tidak lagi berfungsi dengan baik. Sebagaimana dirakamkam, kelihatan putaran mesin basuh pada mod spin itu sangat perlahan menyebabkan pakaian basah tidak dapat dibilas dengan baik pada tahap maksimum. Terbalikkan mesin basuh untuk dibaiki. Menurut Hairul, masalah itu berlaku disebabkan belting (gelung getah) yang terletak di bahagian bawah mesin basuh sudah menjadi kendur. Cara untuk menegangkannya semula adalah dengan menterbalikkan mesin basuh dalam posisi mengiring. Kemudian, longgarkan skru yang berada di sebelah kiri dan kanan belting. Laraskan semula getah sambil mengetatkan skru. Tetapi anda diingatkan supaya tidak membuat pelarasan sehingga getah menjadi terlalu tegang. Tegangkan belting sebelum mengetatkan semula skru. Jelas Hairul, keadaan ini biasa berlaku bagi mesin yang sudah beroperasi selama dua hingga tiga tahun. Namun, anda disarankan untuk memanggil juruteknik sekiranya belting masih elok tetapi mesin tidak berfungsi dengan baik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube