BILIK tidur merupakan tempat paling penting dalam sesebuah rumah kerana ia menjadi ruang privasi untuk kita berehat. Justeru adalah amat penting untuk menjaga kebersihan ruang istimewa ini agar ia tidak menjadi 'sarang' penyakit serta boleh mengundang haiwan atau serangga berbisa. Sebenarnya, ada enam langkah yang perlu diberi perhatian ketika membersihkan bilik untuk menghilangkan habuk dan debu. Mencuci lantai dengan kerap boleh elak ruang rumah dan bilik cepat berhabuk. 1. Cuci sarung bantal dan cadar setiap minggu Ganti dan cuci sarung bantal dengan kerap boleh mengurangkan masalah habuk. Bukan itu sahaja, tempat tidur juga akan menjadi lebih bersih dan bebas hama atau kehadiran pepijat. 2. Kurangkan aksesori atau barang dalam bilik Jumlah barang yang lebih sedikit atau minimal boleh mengurangkan risiko habuk untuk terperangkap di celah-celah perabot dalam bilik. 3. Bersihkan lantai Bahagian lantai merupakan kawasan paling mudah berhabuk disebabkan debu yang dibawa masuk dari luar. Pastikan kawasan lantai dicuci dengan kerap lebih-lebih lagi sekiranya terdapat permaidani di dalam bilik. Bilik tidur adalah ruang privasi yang perlu dijaga dengan baik. 4. Gunakan kain jenis mikrofiber Bagi memudahkan tugasan membersihkan bilik tidur, anda disarankan untuk menggunakan kain jenis mikrofiber kerana ia lebih mudah untuk memerangkap habuk. Memadai gunakan kain yang kering. 5. Simpan barang menggunakan beg khas Pakaian atau barang yang tidak digunakan boleh disimpan dalam ruangan atau beg khas. Meletakkan barang di tempat terbuka berpotensi menjadi tempat habuk terperangkap dan cenderung untuk menjadikan barang kelihatan kusam. 6. Elakkan simpan kasut dalam bilik tidur Kasut yang kotor mudah memerangkap habuk. Malah serangga seperti labah-labah juga suka membuat sarang di dalam kasut kerana ruangan yang gelap dan sejuk. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube