suria

Lebihan sos dan kicap kerap meleleh, geli tengok! Boleh cuba 2 teknik ini, mudah sangat tapi ramai yang selalu lupa

Terdapat dua cara boleh dilakukan untuk mengelakkan botol sos menjadi comot.

SOS pencicah dan kicap jenis botol merupakan penambah perasa dalam makanan yang wajib ada di setiap dapur rumah.

Namun, penggunaan sos yang kerap boleh menyebabkan keadaan 'mulut' botol menjadi comot dan kotor dek kerana lelehan selepas dituang.

Keadaan itu juga akan menyebab botol menjadi melekit dan tidak selesa untuk dipegang.

Bahagian luar botol perasa dalam makanan perlu dicuci dengan baik.

Jadi, macam mana mahu mengelakkan keadaan ini tidak terus berlaku?

Bagi mengatasi masalah lelehan, seorang pengguna TikTok, Awang Dapur berkongsi dua cara untuk elakkan botol sos comot lepas digunakan.

1. Guna pad kapas jenis bulat

Lipat kapas dengan menjadikan bentuk segi tiga.

Potong bahagian muncung kapas mengikut ukur lilit yang boleh melepasi penutup botol.

Cara ini boleh mengelakkan sos yang meleleh melepasi bahagian bawah botol setelah disekat oleh kapas.

2. Teknik tuang sos

Lakukan sedikit putaran di dalam mangkuk sebelum habis menuang sos supaya lebihannya tidak meleleh.

Kaedah diajarkan Awang boleh mengelakkan daripada botol sos menjadi comot.

Kesimpulannya, cara-cara diajarkan ini boleh mengelakkan berlakunya lelehan dan mencegah daripada sisa-sisa terdedah itu menjadi kulat.

Ini kerana bahagian comot ini boleh mengundang haiwan perosak seperti lipas dan tikus yang menyebabkan kita mengalami gejala seperti sakit perut.

Adalah lebih baik sekiranya kita mengikuti tip berguna yang dikongsikan ini untuk mengelakkan daripada sebarang masalah kesihatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain