suria

Guna tayar terpakai je, memang jimat! Pemuda ini ajar cara buat pasu di rumah, nampak lebih estetik

Rizal menunjukkan teknik mudah menanam pokok di rumah menggunakan tayar.

BAGI mereka yang mengamalkan kaedah kitar semula, anda pasti sudah terbiasa menggunakan pelbagai barang terpakai dalam kehidupan seharian.

TikToker Rizal Rahman yang gemar berkebun di belakang rumahnya berkongsi satu lagi cara menanam pokok dalam tayar terpakai yang dipanggil planter tayar.

Idea tersebut mula tercetus apabila dia memiliki terlalu banyak anak pokok baharu namun kekurangan ruangan tanah dan pasu untuk bercucuk tanam.

Pastikan plastik ditebuk bagi mengelakkan air dalam tanah bertakung.

Ujar Rizal dia menggunakan empat buah tayar kereta yang sudah tidak digunakan lagi.

Bahagian tepi tayar dipotong terlebih dahulu bagi mendapatkan permukaan lebih luas.

Dalam video tersebut, Rizal mengecat bahagian luar tayar menggunakan cat putih bagi memberikan nilai estetik sebelum digunakan sebagai pasu.

Dia kemudiannya meletakkan planter tayar di kawasan yang terdedah dengan matahari.

Jika planter ini digunakan di atas lantai bersimen, lapik bahagian bawah tayar dengan plastik bagi menghalang kawasan itu kotor dengan tanah.

Anak pokok boleh mula ditanam selepas tanah siap digembur.

Tebuk beberapa lubang pada plastik bagi mengelakkan air bertakung dalam tayar.

Setelah tanah digemburkan, pasu tayar sedia untuk digunakan bagi menanam sayur-sayuran yang diinginkan.

Kaedah diajarkan ini amatlah bersesuaian dengan mereka yang tinggal di kawasan flat, kondominium dan pangsapuri.

Teknik planter tayar ini cukup memudahkan bagi mereka yang suka bercucuk tanam namun mahu berjimat daripada membeli pasu bersaiz besar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain