suria

Makan gaji liat nak simpan duit? Petua ini boleh bantu anda istiqamah menabung

Perancangan kewangan adalah penting untuk memastikan kehidupan yang stabil. -Gambar hiasan

SATU perasaan yang tidak dapat digambarkan apabila duit gaji yang baru masuk mencurah keluar seperti air.

Ternyata komitmen yang perlu dilunaskan dalam menjalani kehidupan harian seperti bil utitili dan perbelanjaan barang dapur.

Menerusi satu video di TikTok, pakar kewangan yang dikenali sebagai Adam Zubir berkongsi tip mudah untuk membuat simpanan bagi mereka yang bergaji.

Jom kita lihat petuanya:

1) Aktifkan 'auto-deduction' di bank

Antara cabaran utama dalam menabung adalah disiplin untuk tidak menggunakan wang simpanan ketika anda menginginkan sesuatu.

Apabila anda mengaktifkan 'auto-deduction' atau penolakan secara automatik di bank, duit daripada gaji anda akan disalurkan terus ke dalam akaun tanpa perlu anda berbuat apa-apa.

"Nak aktifkan auto-deduction ni senang je, kita pergi ke mana-mana bank yang menjadi pilihan dan kita boleh minta mereka buatkan.

"Bila kita buat macam ni, setiap bulan gaji masuk, sebahagian duit kita akan terus automatik pergi ke simpanan Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) secara konsisten.

"Dengan cara begini, ia menutup ruang kepada kita untuk berbelanja secara boros, sebab kebanyakan kita malas nak keluarkan semula duit tu daripada bank, jadi ia 'selamat' daripada dibelanjakan," jelas Adam.

2) Rekod perbelanjaan anda

Perkara ini boleh dikatakan sebagai pengetahuan umum dalam dunia kewangan tetapi masih ramai yang culas dalam mengamalkannya.

Oleh itu, Adam mencadangkan anda merekodkan perbelanjaan secara digital iaitu menerusi aplikasi di telefon pintar anda, boleh dimuat turun secara percuma di App Store (Apple) atau Google Play (Android).

Kini anda dapat memeriksa corak perbelanjaan dengan lebih mudah dan pantas.

"Penting untuk kita tahu ke mana duit kita pergi. Sebagai contoh bulan ni kita nampak duit banyak digunakan untuk makan di restoran mewah, maka bulan depan kita boleh lakukan perubahan," ujar Adam yang merujuk kepada penjimatan dan seterusnya amalan menabung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan