suria

Patut la lambat kaya, rupanya salah tempat simpan duit... Ini tip berguna kalau mahu wang berkepuk!

Aspek perancangan kewangan perlu diberikan perhatian. -Gambar hiasan

RAMAI yang ingin hidup selesa tetapi cuai dalam soal pengurusan kewangan.

Kuncinya adalah daripada segi corak perbelanjaan anda. Sekiranya pendapatan masuk ke dalam akaun, tetapi pengeluarannya jauh lebih besar, maka simpanan anda menjadi negatif.

Ayuh kita lihat perkongsian daripada pakar kewangan, Adam Zubir mengenai tip untuk kekal kaya.

1) Jangan biarkan duit anda dalam bank

Tahukah anda, duit yang ditinggalkan begitu sahaja di dalam bank akan 'dimakan' dan dimamah oleh inflasi.

Lebih baik jika duit itu dilaburkan ke dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), Tabung Haji atau pembelian emas daripada agensi yang berlesen.

Melalui cara ini, duit anda akan 'beranak' tanpa perlu berbuat apa-apa, pastinya menguntungkan.

2) Jangan berhutang untuk membeli barangan mewah

Sekiranya anda terlampau banyak berbelanja dengan berhutang, hutang itu akan bertambah dari semasa ke semasa dan akhirnya aliran kewangan anda bakal terbelenggu.

Ringkasannya, jangan beli barang yang anda tidak perlukan dengan duit yang anda tidak ada (hutang) semata-mata kerana mahu kelihatan megah pada pandangan orang yang anda tidak suka.

3) Jangan terpedaya untuk melabur di tempat yang meragukan

Antaranya petanda awal sesebuah agensi kewangan itu tidak boleh dipercayai adalah tawaran pulangan yang tidak logik dek akal.

Ingat, tiada jalan mudah untuk menjadi kaya di dunia ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain