suria

Tip menggoreng supaya tak banyak guna minyak masak...Jimat dan selamat!

Minyak masak diperlukan dalam hampir setiap masakan. -Gambar hiasan

BANYAK bahan mentah dan barang dapur yang semakin naik harga, antaranya minyak masak.

Situasi ini pasti menjadi beban tambahan pula dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil semestinya kita mahu berjimat semampu yang boleh.

Tahukah anda, terdapat beberapa teknik memasak di dapur yang boleh membantu minyak masak anda bertahan lebih lama, tidak perlulah selalu menggantikan dengan yang baharu.

Jom ikuti perkongsian Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Facebook.

Kuali kalis lekat. -Gambar hiasan

Petua

1) Gunakan kuali kalis lekat (non-stick), ini membolehkan anda membuat gorengan menggunakan minyak yang sedikit.

2) Jika anda 'deep dry' makanan bersalut tepung, pastikan suhu minyak adalah antara 180 hingga 190 darjah Celcius sebelum menggoreng. Ini untuk mengelakkan daripada tepung banyak menyerap minyak.

3) Jangan goreng makanan terlalu banyak dalam suatu masa. Lebih banyak makanan yang digoreng serentak, lebih banyak minyak diperlukan.

4) Elakkan daripada membiarkan minyak sehingga terlalu panas kerana boleh merosakkan bahan itu dan menjadikan ia tidak lagi selamat untuk digunakan semula.

5) Tidak perlu campurkan minyak baharu dengan minyak lama. Ia akan mencemarkan minyak baharu dan menyebabkan ia cepat 'rosak'.

6) Tapis, sejukkan dan simpan minyak yang hendak digunakan semula di dalam bekas kedap udara. Pastikan tiada bahan terampai.

Walaupun tip yang dikongsikan ini dapat membantu dari segi penjimatan, penting juga untuk anda tahu sekiranya minyak masak itu sudah terlalu tepu dan tidak selamat untuk digunakan semula.

Menu bergoreng menjadi pilihan hidangan rata-rata rakyat Malaysia. -Gambar hiasan

Ciri minyak masak yang sudah tidak selamat dari sudur kesihatan:

1) Warna bertukar perang pekat

2) Minyak menjadi lebih likat

3) Minyak berbau tengik

4) Banyak asap terhasil ketika dipanaskan

5) Warna makanan yang digoreng terlalu gelap

6) Rasa makanan yang digoreng tidak sedap

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain