suria

Galaxy A15, A25 5G sangat mampu milik... Hidup lebih mudah dengan Samsung Wallet! Ganjaran setiap hari, sepanjang tahun

Telefon pintar Galaxy A25 5G menjadi tumpuan pencinta gajet.

MEMBUKA tahun 2024 dengan penuh bergaya, Samsung Electronics memperkenalkan tambahan baharu kepada keluarga Samsung siri Galaxy A, iaitu Galaxy A15 LTE dan 5G serta Galaxy A25 5G.

Terus menarik pencinta gajet, model Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G bakal menjadi telefon pintar paling mampu milik yang juga dilengkapi dengan dompet digital iaitu Samsung Wallet.

Pengguna sekali gus berpeluang merasai pelbagai ganjaran dan penjimatan di samping memiliki e-wallet yang terjamin keselamatannya.

Pelbagai ganjaran menanti pengguna Samsung Wallet.

Ganjaran tiada tandingan

Anda kini bakal melangkah ke era digitalisasi yang lebih mudah dan pantas, semuanya di hujung jari!

Siri Galaxy A15 dan A25 menjanjikan transformasi baharu yang bakal memperlihatkan dompet digital sebagai fungsi asas kepada peranti telefon pintar.

Ciri ini didatangkan khusus buat para pengguna yang mahu memiliki peranti pintar dengan harga mampu milik serta dilengkapi dengan pelbagai ciri eksklusif.

Ternyata ciri khas ‘Samsung Wallet’ ini sememangnya tiada tandingan dengan fungsi dompet digital yang diperkemaskan, ia boleh dikatakan selamat untuk segala jenis transaksi atas talian.

Bukan sekadar itu, turut disertakan adalah fungsi kad pengenalan atau ID, pas masuk pesawat dan banyak lagi dengan hanya satu ‘swipe’!

Dengan pengenalan baharu ini juga, Samsung menawarkan pengumpulan mata melalui ‘Samsung Rewards’, eksklusif untuk peranti Galaxy ini.

Pengguna berpeluang mengumpul mata untuk setiap transaksi melalui dompet digital ini, tanpa sebarang perbelanjaan minimum.

Rebat lumayan yang ditawarkan melalui Samsung Wallet.

Menariknya, mata yang dikumpul akan bersamaan dengan nilai rebat maksimum sebanyak RM720 setahun.

Ia boleh digunakan untuk menaik taraf kepada peranti Samsung yang seterusnya apabila anda membeli di laman sesawang www.samsung.com.my

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan mata ‘Samsung Reward’ ini bagi mendapatkan diskaun sehingga 99 peratus untuk sebarang produk.

Ini bermakna, lebih banyak mata yang anda kumpul, semakin kurang harga peranti anda kelak.

Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan Galaxy A25 5G pada harga RM12.99 sahaja jika anda mempunyai mata yang mencukupi, dalam kes ini, 42,867 mata. Memang berbaloi!

Selain itu, telefon pintar berstatus flaghsip seperti Samsung Galaxy S23 FE yang berharga RM2,499 juga boleh menjadi milik anda dengan sistem pengumpulan mata ini. Anda hanya perlu menghimpunkan mata berjumlah RM2,160 selama tiga tahun.

Tak cukup dengan itu, apabila anda membayar menggunakan Samsung Wallet, anda juga boleh menikmati ganjaran berganda dalam satu transaksi, iaitu mata untuk kad pembayaran dan Samsung Wallet sendiri.

Samsung Galaxy bakal memberikan anda sebuah pengalaman berbelanja yang berbeza daripada sebelum ini dengan adanya program Samsung Rewards.

Pelbagai faedah berterusan dapat dinikmati dengan penggunaan Samsung Wallet.

Keunikannya, setiap mata yang dikumpul melalui Samsung Wallet boleh digunakan untuk menebus ganjaran dan faedah sepanjang tahun, termasuk baucer, diskaun dan banyak lagi.

dan penjimatan ketara yang bakal dinikmati para pengguna Galaxy kerjasama Samsung dengan jenama seperti ZUS Coffee, Grab, TGV Cinemas dan banyak lagi.

Keselamatan pengguna jadi keutamaan

Kini, anda tidak perlu risau lagi! Dengan adanya siri Galaxy A15 dan A25 5G, keselamatan atas talian anda bakal menjadi keutamaan peranti luar biasa ini.

Terbukti dengan ciri khas yang didatangkan bersama iaitu Samsung Knox yang bertujuan melindungi Samsung Wallet anda.

Ia bakal mewujudkan fitur pengecaman cap jari yang memastikan data pengguna sentiasa dilindungi serta menawarkan lapisan pertahanan tambahan terhadap cubaan penggodaman.

Dijamin kesemua maklumat peribadi anda bakal dijaga rapi dan Samsung Wallet tidak mempunyai akses kepada sebarang maklumat atau transaksi pembayaran anda.

Pengenalan terhadap Auto Blocker, Knox Vault serta pengemaskinian empat generasi operating system (OS) dan lima tahun pengemaskinian keselamatan, sekali gus membuktikan Samsung komited untuk menawarkan telefon pintar paling selamat dan mampu milik di pasaran.

Selaras dengan komitmen itu, ciri khas Samsung Knox Vault diperluaskan kepada model siri Galaxy A yang baharu.

Ia bakal memberikan tahap keselamatan maksimum dengan melindungi maklumat pengguna semasa proses memperbaiki peranti.

Ganjaran berganda melalui Samsung Wallet.

Ciri khas yang digunakan ini memperlihatkan Samsung Knox Vault diperakui dari segi keterjaminan keselamatan tertinggi iaitu EAL5+.

Siri Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G ini hadir dengan One UI 6 yang baru, dikuasakan oleh Android 14 yang menjanjikan pengalaman lebih mesra pengguna.

Banyak elemen yang ditambah baik untuk mencipta rupa dan rasa lebih moden serta keupayaan untuk mengubah suai pengalaman menggunakan Galaxy mengikut citarasa dan pilihan pengguna.

Dengan penambahbaikan utama di One UI 6, keselamatan para pengguna berada di tahap yang amat meyakinkan.

Ciri utama yang dipertingkatkan ialah Auto Blocker yang mana apabila diaktifkan, ia mampu melindungi peranti dan data anda dengan menghalang sumber-sumber yang tidak dipercayai.

Ia juga menjadi benteng terakhir yang sentiasa bersedia dan berjaga-jaga, mengawal peranti anda atas talian.

Reka bentuk Galaxy A15 5G yang elegan.

Masa depan dompet digital

Dengan kehadiran Samsung Wallet di peranti ini, anda kini tidak perlu bersusah-payah dan menunggu lama untuk proses pendaftaran atau penyediaan dompet digital anda.

Ia semudah hanya meletakkan kad anda di belakang peranti selama satu minit dan pendaftaran dompet digital anda sudah selesai.

Proses ini akan selesai dengan nombor atau one-time password (OTP) dihantar ke anda, untuk mengesahkannya tanpa sebarang kerumitan.

Jika ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, Samsung telah menyediakan langkah-langkah awal, demi keselamatan penggunanya.

Sebagai contoh, telefon pintar anda hilang atau dicuri, ikuti beberapa langkah mudah yang ditetapkan oleh Samsung ini.

Pertama, layari Find my Mobile website dan isikan nama pengguna Samsung anda, kemudian pilih peranti anda, dan kunci atau ‘lock’ peranti tersebut.

Apabila ciri ‘lock’ ini diaktifkan, tiada individu yang boleh mengambil maklumat atau data peribadi anda.

Ini kerana, Samsung akan terus menghubungi bank-bank yang terlibat, untuk turut sama mengunci transaksi dari dompet digital anda.

Reka bentuk mewah, elegan

Inspirasi daripada reka bentuk Galaxy, telefon pintar ini berkonsepkan mewah dan elegan. Permukaannya melengkung di bahagian tepi dan susunan kamera secara linear sebagai ‘signature design’.

Bagi rangkaian warna premium eksklusif untuk keluarga siri A, ia didatangkan dengan biru gelap, kuning dan biru untuk Galaxy A25 5G, manakala siri Galaxy A15 pula dalam pilihan biru gelap, biru, kuning dan biru terang.

Galaxy A15 boleh didapati pada harga RM999 (LTE), menjadikannya telefon pintar dengan ciri khas Samsung Wallet yang paling berpatutan.

Varian Galaxy A15 5G yang lain boleh didapati pada harga RM1,199, manakala Galaxy A25 5G berharga RM1,299.

Dengan tawaran dan ganjaran yang berlipat kali ganda, Samsung Galaxy A15 dan A25 memberikan anda lebih banyak daripada telefon pintar biasa.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman Samsung Galaxy pada harga yang berpatutan.

Peranti ini tersedia di peruncit terpilih mulai 5 Januari 2024. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Samsung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain