suria

Sakit gigi yang teramat waktu malam, klinik belum buka... Ini petua kelegaan sementara ibarat ubat bius

Sakit gigi boleh disembuhkan sementara waktu dengan petua dikongsi Ustazah Asma’ Harun. -Gambar hiasan (kanan)

ANTARA kesakitan tidak terperi di dunia ini adalah sakit gigi.

Sakit gigi boleh berpunca daripada pelbagai sebab seperti masalah gusi, ulser, kaviti dan penumbuhan gigi bongsu.

Bayangkan situasi apabila anda mengalami sakit gigi kronik pada waktu malam, hendak menunggu esok pagi untuk ke klinik terasa begitu lama, apa yang boleh dilakukan?

Jangan risau, mari kita ikuti perkongsian Ustazah Asma’ Harun yang pernah melalui situasi sama dan menggunakan satu petua yang berhasil bagi meredakan sakit gigi.

"Saya pernah sakit gigi teramat pada waktu malam, saya rasa ia lebih sakit daripada melahirkan anak dan saya dah bersalin sebanyak tujuh kali.

"Dah makan ubat tahan sakit tak jalan, nak ambil banyak kali pun tak elok juga. Saya dah usahakan hampir setiap kaedah tradisonal dalam carian Google, namun semua tak menjadi. Air mata ni mencurah-curah dah.

"Akhirnya Allah izinkan saya cuba satu tip iaitu kumur air berais yang betul-betul sejuk. Apabila saya cuba je, terus mulut ni terasa sengal sebab kesejukan.

"Tapi sakit gigi tu terus hilang dalam sekelip mata, macam kita dikenakan ubat bius. Makanya, saya pun berkumur air berais semalaman, selang satu minit saya buat. Alhamdulillah saya dapat bertahan sampai pagi," jelas Ustazah Asma’ Harun.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain