suria

Rupanya ada cara nak simpan santan di luar peti sejuk... Boleh tahan sampai 3 hari

Santan boleh kekal segar di luar peti sejuk dengan menggunakan cara ini.

SANTAN segar merupakan bahan masakan yang senang basi dan cepat menjadi rosak.

Oleh itu, ia harus segera disimpan di dalam peti sejuk supaya dapat mengekalkan kesegarannya.

Namun, bagi golongan peniaga yang membuka gerai di jalanan misalnya, agak sukar untuk menggunakan peti sejuk bagi menyimpan santan.

Jangan risau, ayuh kita ikuti perkongsian pakman3390 di laman TikTok tentang teknik untuk menyimpan santan di luar tanpa memerlukan peti sejuk.

Mudah sahaja dan santan anda boleh kekal segar selama dua hingga tiga hari!

Langkah-langkah

1) Masukkan paket santan ke dalam satu bekas, kemudian letakkan ais sampai menutupi semua paket santan.

2) Kemudian tuang sedikit air dan tambah lagi ais.

3) Selepas itu terus tabur garam halus di atas ais tadi.

Fungsi garam halus ini adalah untuk memastikan ais tersebut dapat bertahan lama.

Biarkan sahaja santan di dalam ketulan ais tersebut dan ia akan kekal segar selama dua hingga tiga hari.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain