SIAPA sangka sabun buku yang digunakan untuk mandi juga boleh menjadi pewangi 'bajet' di rumah. Malah ia dijamin lebih harum semerbak dan yang paling penting, tak perlu banyak keluar modal. Semua bahan dah sedia ada di rumah. Ayuh kita ikuti perkongsian @sayurbox di laman TikTok untuk lihat dengan lebih lanjut cara membuat sabun do it yourself (DIY) ini. Bahan-bahan: 1) Sabun mandi buku 2) Pewangi pakaian 3) Sedikit cuka 4) Air Langkah-langkah: 1) Sagat sabun buku mandi sehingga habis dan masukkan ke dalam bekas. 2) Dalam satu bekas lain, satukan air dan pewangi pakaian. Letak sekali beberapa titis cuka. 3) Kemudian tuang sabun mandi yang sudah disagat ke dalam bekas berisi campuran air, cuka dan pewangi pakaian. Gaul kesemuanya sehingga menjadi kental. 4) Jika mahu lebih wangi, tambah pewangi pakaian. Kemudian kacau sehingga sebati. 5) Sediakan plastik, masukkan bancuhan sabun tadi ke dalamnya dan ikat. 6) Gunakan garpu untuk cucuk plastik bagi membuat lubang supaya wangian di dalam boleh keluar. Siap! 7) Plastik ini boleh digantung di tempat yang mempunyai aliran udara seperti di tepi tingkap atau kipas. Ini supaya harumannya dapat memenuhi segenap ruang rumah. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube