suria

Takaful hayat atau kad perubatan, nak pilih yang mana? Pakar kewangan ada jawapan

Pelan takaful boleh bantu jamin risiko kewangan masa depan diri dan keluarga. -Gambar hiasan

BAGI mereka yang baru memasuki alam pekerjaan, istilah takaful pastinya kerap dibicarakan.

Secara asasnya, konsep takaful adalah insurans atau perlindungan yang berasaskan hukum Islam.

Namun ramai dalam kalangan masyarakat yang memandang enteng kepentingan takaful selagi belum dilanda musibah.

Ayuh ikuti perkongsian pakar kewangan, Adam Zubir mengenai topik takaful.

"Ramai tak sedar, apabila anda mula bekerja, kos yang paling besar perlu ditanggung sebenarnya adalah kos perubatan.

"Anda sakit sahaja dan dimasukkan ke hospital, bil keluar mesti beribu-ribu jumlahnya. Macam mana nak bayar kalau anda tidak ada takaful?," cetus Adam memberikan situasi.

Ajal boleh menjemput pada bila-bila masa. -Gambar hiasan

Adam seterusnya menjelaskan perbezaan antara dua jenis takaful iaitu kad perubatan dan insurans hayat.

"Kalau orang muda, saya cadangkan kad perubatan (medical card). Kalau orang muda dan berkeluarga, saya sarankan takaful hayat. Kenapa?

"Sebab kalau anda meninggal dunia secara mengejut, takaful hayat ini boleh bertindak sebagai duit pampasan.

"Bantu tampung kehidupan isteri dan anak sekurang-kurangnya selama setahun," ujar Adam.

Sebagai ringkasannya, takaful kad perubatan akan membantu membiayai kos rawatan diri anda di hospital.

Manakala takaful hayat atau hibah adalah pampasan yang diberikan kepada waris setelah kematian anda.

Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain