suria

Anugerah Pilihan Pembaca Popular-The Star iktiraf penulis tempatan... Pengundi pun dapat hadiah menarik!

Anugerah diperkenalkan bagi meraikan penulis dan pengkarya tempatan.

DIILHAMKAN sebagai objektif untuk menggalakkan, mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada penulis yang memperkayakan persada sastera Malaysia, Popular-The Star Readers' Choice Awards atau Anugerah Pilihan Pembaca Popular-The Star (RCA) bersama Popular–BH Anugerah Pilihan Pembaca (APP) kekal sebagai peneraju utama BookFest @ Malaysia.

Edisi tahun ini tampil dengan keistimewaan tersendiri kerana Popular meraikan pencapaian satu abad sempena ulang tahun ke-100.

Bermula pada 2008, inisiatif RCA untuk bacaan Bahasa Inggeris dan APP bagi bacaan Bahasa Melayu bertujuan untuk menggalakkan kreativiti dalam kalangan pengarang tempatan, seterusnya meningkatkan lagi industri sastera negara dengan mengiktiraf pengarang atas usaha serta sumbangan yang diberikan.

Memasuki tahun ke-14, penganjuran kedua-dua anugerah itu dilakukan bersama-sama pasukan The Star dan BH bagi meraikan kepelbagaian genre serta penulis sejak beberapa tahun lalu.

Pada masa sama, ia dapat meningkatkan usaha Popular untuk mempromosikan minat membaca buku dalam kalangan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: 20 buku berentap rebut Anugerah Pilihan Pembaca Popular-The Star! Jom undi, ganjaran menarik menanti

Raikan bakat tempatan

RCA dan APP menjadikan personaliti terkenal sebagai pemenang.

Pemenang Anugerah Pilihan Pembaca sebelum ini termasuk Norhafsah Hamid (2023, 2019), Tan Sri Tony Fernandes (2018), Robert Kuok (2018), Tun Dr Siti Hasmah (2017), Tunku Halim (2015); Hadi Fayyadh (2019), Datuk Ustaz Kazim Elias (2016), dan Suri Ryana (2012, 2013).

Mengimbau kembali Anugerah Pilihan Pembaca kali ke-13, tiga pemenang teratas Kategori Fiksyen dimenangi oleh Norhafsah Hamid pengarang Time to Heal; Daughter of the Moon Goddess oleh Tan Sue Lynn dan The Accidental Malay oleh Karina Robles Bahrin.

Bagi Kategori Bukan Fiksyen pula, pengarang Sharifah Nadirah dan Muhammad Anas, Anas Alam Faizli, dan Vivy Yusof merupakan tiga pemenang teratas penulisan buku Healing the Heart: Leaving Darkness for Light; Rich Malaysia, Poor Malaysians, dan The First Decade: My Journey From Blogger To Entrepreneur.

100 pengundi bertuah akan menerima hadiah.

100 pengundi bertuah akan menerima hadiah.

Raikan kesusasteraan tempatan

Calon dipilih berdasarkan jualan buku Fiksyen dan Bukan Fiksyen terlaris di kedai buku Popular serta Harris di seluruh negara, pada tahun lalu.

Calon-calon Kategori Fiksyen

1) Norhafsah Hamid - Will You Love Me?

2) N.F Afrina - Not Here to Stay

3) Amir Muhammad - The Big Book of Malaysian Horror Stories

4) Lilian Li - Duet Me Not

5) Hanna Alkaf, Margaret Owen - The Grimoire of Grave Fates

6) Nadia Khan - Children We Never Had

7) Tan Sue Lynn - Heart of the Sun Warrior

8) Aishah Zainal - Hades

9) Sreedhevi lyer - The Tiniest House of Time

10) Ivy Ngeow - The American Boyfriend

Calon Kategori Bukan Fiksyen

1) Ayesha Syahira - He Found You Lost and Guided You

2) Joe Samad - Unequal Partners

3) Dr. Ariza Mohamed - Doctor in the Dock

4) Mark Trowell - Anwar Triumphs: The Ascent of Malaysia's 10th Prime Minister Against All Odds

5) Norhafsah Hamid - Letters for the Fragile Heart

6. Hijanah Hazalif - Letters from My Heart Vol 1

7) Sharifah Nadirah - Oh Allah, Heal Me

8) Hijanah Hazalif - Letters from My Heart Vol 2

9) James Chai - Sang Kancil: A Tale about How Ordinary Malaysians Defied the Odds

10) Imran Zaki - In Your Hidden Tears: Finding hope in despair

Sambutan anugerah

Tiga pengarang teratas dalam setiap kategori akan menerima sijil pengiktirafan, trofi dan wang tunai pada majlis anugerah berprestij pada 6 April di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sempena BookFest @ Malaysia 2024.

Anugerah tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu, Kategori Fiksyen dan Bukan Fiksyen.

Setiap kategori mempunyai 10 buku yang dicalonkan dan cawangan Popular di seluruh negara akan memaparkan 40 judul yang dicalonkan untuk kedua-dua RCA dan APP bagi membolehkan pembaca melihat buku yang dicalonkan.

Semua tajuk yang dicalonkan akan dijual pada diskaun 20 peratus di semua cawangan Popular sepanjang tempoh promosi dari 3 Februari hingga 5 Mei 2024.

Undi untuk meraikan

Menjelang tahun ke-14 RCA dan APP, pemenang akan dipilih berdasarkan undian pembaca dengan slogan “Read to Vote, Vote to Win” atau “Baca untuk Undi, Undi untuk Menang”.

Pembaca juga akan bertanding untuk hadiah di mana 100 pengundi RCA dan APP terpilih masing-masing akan menerima keahlian kad e POPULAR selama setahun dan baucar hadiah RM50 POPULAR!

Pembaca dijemput untuk mengundi tajuk Fiksyen dan Bukan Fiksyen kegemaran mereka di laman web Popular www.popular.com.my atau laman web BookFest @ Malaysia https://www.bookfestmalaysia.com/ dan Facebook Popular Malaysia dari 3 Februari hingga 10 Mac 2024.

Anda tidak pasti untuk mengundi siapa? Baca, fikir dan buat undi anda dengan bijak. Semoga peluang sentiasa memihak kepada anda, dan semoga buku terbaik menang!

RCA dan APP diadakan sempena BookFest @ Malaysia 2024, yang akan berlangsung dari 6 hingga 14 April 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain