suria

Tiba masa hantar kereta ke bengkel, ramai keliru komponen mana perlu diservis... Guna saja formula 5-4-3

Kereta perlu diselenggara secara berkala agar dapat berfungsi dengan baik. -Gambar hiasan

PENYELENGGARAAN kereta secara berkala adalah perlu untuk memastikan hayat yang berpanjangan.

Namun, beberapa komponen dalam enjin kereta yang kompleks boleh menyebabkan kekeliruan terutamanya kepada kaum Hawa.

Antara persoalan yang sering berlegar di minda adalah bahagian atau komponen mana hendak diservis ketika menghantar kereta ke bengkel.

Jangan risau, melalui perkongsian oleh Perodua Sri Damansara, ternyata fomula 5-4-3 boleh membantu anda untuk cakna dengan bahagian enjin kereta.

Apakah itu formula 5-.4-3?

1) 5 = Minyak

Dari segi minyak kereta, terdapat lima perkara yang perlu anda periksa, iaitu minyak enjin, minyak brek, minyak power stereng, minyak clutch dan minyak gearbox.

2) 4 = Penapis

Kalau untuk penapis pula, ini empat perkara penting yang perlu dilihat, iaitu penapis udara, penapis penghawa dingin, penapis minyak dan penapis gasolin.

3) 3 = Air

Akhir sekali, tiga perkara berkaitan air yang perlu diberikan perhatian adalah air wiper, air penyejuk (coolant) dan air bateri.

Dengan adanya formula ini, tiada alasan lagi untuk anda terlepas pandang bahagian kereta yang perlu diselenggara.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain