suria

Susah hati tengok baju kesayangan terkena kesan luntur warna... Lega dah jumpa tip mudah nak cuci

Baju yang terkena luntur warna menjadi putih semula dengan teknik yang dikongsikan.

ADA kalanya ketika kita mencuci pakaian di dalam mesin basuh, sesetengah baju itu mengalami luntur warna sehingga menjejaskan kain yang lain.

Lebih terkesan sekiranya baju itu berwarna putih, akan jelas kelihatan tompok-tompok warna yang melekat.

Hendak dibuang rasa sayang pula, jadi apakah yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan baju tersebut?

Jangan risau, ada solusi yang cukup mudah dikongsikan oleh pengguna Facebook, Teratai Putih.

Ayuh kita lihat satu-persatu bagaimana caranya.

Masukkan garam ke dalam periuk yang berisi air.

Bahan-bahan:

1) Periuk yang bersih

2) Air secukupnya

3) Sabun cuci satu sudu

Langkah-langkah:

1) Isi air ke dalam periuk secukupnya.

2) Masukan satu sudu sabun (jangan terlampau banyak, kelak buih sabun akan melimpah).

Ratakan air yang mendidih ke seluruh bahagian baju.

3) Masukkan pakaian yang terkena warna luntur ke dalam periuk dan didihkan air di dalamnya.

4) Gaulkan baju di dalam periuk ketika air mendidih supaya air panas terkena secara menyeluruh pada semua bahagian pakaian.

4) Cara ini akan menanggalkan warna pada pakaian putih tadi.

Tengoklah hasilnya!

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain